Hiii, welcome back to my channel #acah Hujung minggu korang p mana tuuuu ?
Harini DD nak kongsi tempat-tempat yang iols pergi masa ke Port Dickson dalam perjalanan satu hari! Tujuan ke PD ni sebenarnya nak g merisik buah hati kesayangan abang yang kedua. Masa tu habis satu famili di angkutnya (Jangan tanya kenapa, sbb ni semua plan abg ku yang ting tong tu ?) Kitaorg ni mengikut je tapi sempat lagi rancang mana nak pergi haha
Memandangkan hal merisik ni petang lepas asar, So kita berjimba dulu yer. Gerak dari KL awal pagi sbb kononnya nak breakfast kat salah satu tempat yang femes kat Negeri Sembilan ni. Jadinya tempat pertama ialah Semangkuk, Batang Benar (korg boleh waze je okay).
Not bad la kat sini, ramai! Kitaorg sampai je nasib baik dpt tempat duduk. Harga? Bagi DD okayla, rasa mcm sama je kat KL tu hahah Kitaorg cuba beberapa menu iaitu Nasi Lemak Telur Mata (RM4), Mee Kari (RM5), Laksa Claypot Special (RM8) dengan roti bakar telur goyang (RM3.50)
Roughly kitaorg habis kat sini dalam RM30++ sebab sekali dengan air. Sejujurnya DD suka yang Laksa Claypot Special tu hehe Tapi yang lain tu okay jer.
Next stop pulak untuk makan tengah hari haha Padahal ni baru jer lepas mkn kan! Giler betul. Tempat ni femes sebab bersebelahan dengan kubur weh huhu Nama tempat ni ialah Watie Corner! Kalau korg kurang atau tak boleh mkn pedas better pikir seribu kali nak ke sini yer.
Kitaorg mcm berlagak la sikit, yelah dari dulu mmg makan makanan pedas tapi sekali pekena hat ni bagi bendera putih uiiii PEDAS MENYENGAT! Tapi sedap hmm ? Kalau tanya apa menu yang DD suka, mestilah DD pilih udang tu. Udang tu sebenarnya pedas tauu cuma bila dah dicampur dengan nasi jadi kurang la sikit. Udang dia besar2 yer.
Tempat ni kalau masa tengah hari mmg penuh. Ramai siap beratur lagi! Disebabkan makanan dia pedas, kitaorg anak beranak order air masak tu tak tahu la berapa gelas hahhaa Atas meja tu penuh air saje! Before balik tu kitaorg mmg bungkus la mana yang tak habis tu. Sayangkan membazir! Jadi best ke tidak makan sni? Okay tapi pedas namati kihkih. Harga? DD rasa harga sini boleh tahan mahal dia, jadi kalau ke sini sekali sekala tu boleh lah. Kalau selalu? Mahu koyakkkk ye ?
Okay, masing2 dah kenyang. Bila dalam perjalanan ke Lukut tu, yang driver jelah yang tgh celik, yang lain tidur berdengkur hahaha Petang tu lepas habis segala majlis merisik tu, kitaorg terus gerak ke pantai PD. Kitaorg bertiga yang gegurl jelah sbb yang lain duk sambung rehat kat hotel.
Sempat la kitaorg berOOTD dan menikmati pemandangan kat sini. Perjalanan yang boleh dikatakan mencabar sebab kena hadap beberapa cabaran perangai manusia hahaha Tapi syukurlah dengan perjalanan ni sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Untuk next entri, DD akan kongsikan lagi next destination yang DD pergi hehe Yang pastinya, kalau tak buat kerja giler mmg tak sah! Tahu tahu sampai je tempat yang nak pergi tu hahhaa Hujung minggu jelah yang ada masa untuk bersuka ria dan jenjln dengan orang yang tersayang!