Eksaitednya Tempat Makan Berbumbungkan Langit Biru – Atsky Dine Chill Event

0 Comments

Hii korang, kembali lagi kitaa hehe Jom kita tengokk kemana pulak kita pergi untuk Yukk Jenjalan kita minggu ini. 

Bila DD dapat je tahu pasal tempat makan rooftop dekat Kota Damansara ni sepantas kilat buat plan nak p sini. Yelah! Dekat sgt dgn rumah. Lebih kurang dalam 5 – 10 minit je. Nama tempat ni AtSky Dine Chill Event, Kota Damansara (bersebelahan Giant tau). Korang boleh cari dalam waze “ATSKY” okay. Waktu dia beroperasi pun best dari pukul 8 pagi sehingga 12 malam (SETIAP HARI dari Isnin hingga Ahad).

Ni view dari dalam lif! Cantik giler. Tapi kan nasib tempat ni tak tinggi sgt, kalau takk mahu DD gayat tak gerak kat situ haha 

Tapi sebelum tu bila korang nak masuk parking, korg boleh nampak signboard mcm ni dari nak masuk parking and even dah siap parking! Bila nampak mcm ni lagi senang nak cari kan. Takla org kata clueless eh mano lak tempat ni. 

Haritu masa DD pergi kat ATSKY ni, tak dpt duduk kt luar lagii sbb baru lepas hujan so dorg tgh setup keringkan apa yang patut. Lebih kurang dlm 10 ke 15 minit macam tu! Tapi DD dah jiwa kacau tak dpt dduk kat luar. Tu yang sepupu tolong tanyakan ada meja kosong ke tak. Tapi memang terbaik la pekerja dia. Layankan segala pertanyaan kitaorg masa tu! 

Jadi basically inilah gambar kat kawasan dalam dia. Cantik! Hitam kuning gitu. Love it! Sabar jap ye. Satg kita masukkan gambar kawasana sekitar kat luar yang boleh nampak langit. Serius cantik and korg nak candle light dinner or buat spesial event kat sini pun nais sgt. 

Since kitaorg baru lepas melantak nasi sebelum g sini, jadinya kita pun order something yang boleh kongsi-kongsi jer. Asalkan habis licin! Tak membazir #acah hahah 

French Fries (RM4) dan Wagyu 150gram (RM49). Dia punya mashed potato tu serius melimpah ruah yer hahaha Jenuh nak habiskan! Pada DD rasa dia okayy dengan harga yang berpatutan dia. Maybe next time boleh try menu nasi dia pulak hihi

Even korang nak ada family dinner atau spend time together dengan famili terchinta kat sini boleh! Sebabnya suasana kat sini pun tenang walaupun ramai orang. Kalau stress pun korang boleh datang sini layan perasaan tengok langit pastu makan sedap. Peh layan! Lain dari lain tu haha 

Okayy itu sahaja! Nak tahu next entri DD pergi mana lagi? Kena lah stay tuned tauu. DD akan update setiap minggu hari Rabu dan Jumaat supaya korang boleh plan pergi dengan bestie, famili dan orang terchinta!

Leave a Reply

Your email address will not be published.