Hii guysss! Entri untuk kali ni kan DD bawak korang ke The WaterWay Villa, Bentong. Nak ke sini tak jauh pun, lebih kurang dalam sejam mcm tu je. Sesuai sangat la kalau korang tengah duk plan daytrip tu hihi
Trip kali ni DD pergi dengan geng ofismate! Kitaorg serius rapat and banyak pengalaman DD dapat belajar dengan team ni. Since kitaorg gerak ke sini malam after work, so sampai je kat sana, kemas barang pastu mandi then lepak chit chat tanya khabar.
Pagi esoknya tu kitaorg bangun awal jugak la sbb plan nak ke Bilut Extreme Park untuk main ATV dan memanah! Eksaited habis hehe Tapi yang penting kita makan dulu.
Kita snap dulu gambar depan ni haha Biasalah gegurl kan! Lepas habis jer breakfast tu, terus kitaorg bersiap gerak ke Bilut Extreme Park tu.
Bila geng ramai mcm ni memang best layan aktiviti macam ni! So better korang pun pergi ramai2 mcm ni tauu. DD dah berapa kali main ATV ni tapi dia punya eksaited tu tetap sama! Kalau korang enjoy dan suka buat aktiviti lasak ni, tempat ni korang patut pergi ? Tapi nasihat DD sebelum datang sini, make sure korang dah buat booking dulu tau. Kalau korg walk in takut kang ramai, dah terlepas korang nak main semua ni.
Aktiviti seterusnya ialah memanah! Kat sini tak amik gambar sangat sebab almaklmum ler first time try kan! Dia punya eksaited lain mcm siket hahaha Kalau boleh tu takmo kasi org lain cuba #tamak hahaha Cuma tula, DD tak sempat nak panah hati korg jer sbb jauh sgt ? cia cia cia
Atleast kitaorg buat aktiviti dalam 2 jam mcm tu la. So jangan lupa bawak air dengan roti okay. Takut la korang lapar sebab kitaorg lepas buat aktiviti peh terus lapo haha Dah siap semua aktiviti ni, kitaorg pun balik bilik dan rehat kejap.
Petang tu pulak sempat la naik ke puncak dengan hilux ni! Ya ampunnnnnn! Dia punya view serius lawa teruks, mmg nyaman! DD pulak mmg jenis yang suka nature ni. So tempat ni kira kena la dengan jiwa DD. Ofcoz sempat bergambar dan berOOTD yer. Korang boleh view video ni! Tetiba semua pun nak jerit!!!! Hahahahha
One of the best experiences and memory for me. Lagi-lagi bila datang dengan orang yang kita sayang! I mean it’s something different and extra. Something that you will remember for the rest of your life gituuu ?
Time ni kitaorg dah check out and ready nak ke Genting highland pulak! Yang ni spontan terus buat keputusan haha
Dan before kitaorg gerak balik ke KL, sempat lagi singgah ke Genting Highlands. Apa lagii, turn kita jadi tourist pulakk! Genting Premium Outlet pun sempat singgah sebab masing-masing baru first time datang so kita lepak2 dulu kat atas tu hehe Bila dah makin gelap tu, kitaorg pun masing2 gerak balik dan cuti pun dah berakhir!
Geng ni dah la susah nak jumpa yer since masing2 dah tak kerja sekali tapi syukur dengan kenangan ini! Anyway, DD miss u guyssss. Bila mau ketemu lagiii #ops! ………. Entri DD pun berakhir di sini. Hope korg enjoyyyyy! Stay tuned untuk next entri tauu. Jangan lupa share dan komen kalau korang ada tempat best yang DD boleh pergi.