DD & D Geng Berhujung Minggu Ke Melaka LAGIII!

0 Comments

Haluuuuu ? Another entry of Yukk Jenjalan! Again kita ke Melaka yeayyy!

Melaka ni antara negeri yang tetap femes haha Setiap minggu mesti ramai orang datang ber-holiday. Haritu bercuti ke The WaterWay Villa, kali ni kitaorg Ke Cabin Bungalow pulak.  

Bestnya tempat ni walaupun kecil tapii elok sangat la kalau korg nakkan privasi. Lagipun tempat dia buat stail ala kabin. Pool pun ada! Yang ni kalau korg bawak anak-anak mesti suka giler! DD dengan geng pergi Melaka kali ni mmg sengaja nak berjalan. Kitaorg dapat dua kontena, satu utk geng lelaki dan satu lagi untuk geng gegurl hehe. 

DD dengan geng ni mmg suka sangat gerak lepas balik kerja. Dia punya eksaited tu lain macam tauuu! Sampai je sana, simpan beg semua pastu keluar pergi makan. 

Esok paginya aktiviti yang dinanti iaitu berjalan sakan! Sebelum tu, kita soruuuu dulu ? 

Lepas je isi perut tu, kitaorg gerak ke Kota A Famosa dulu. Nasib datang awal sikit dalam kul 11 pagi macam tu. Takla ramai sangat dan yang penting tak panas sangat kahkahh Bertempek la sunscreen bebanyak! Kat sini banyaknya gambar yang kitaorg amik! 

Bila dah tengah hari, masing-masing dah dahaga. Kitaorg p cari kedai yang ada jual air tapi tetap ramai orang hahahahhaha Berebut tempat jugak la! Dalam masa yang sama, kitaorg ada yang p beratur beli air pastu ada yang standby cari tempat duduk. Okay! Entri kali pls pls tahan bila DD asyik sebut ramai oranggggg tu kahkahkah Oh kitarg siap beli aiskrim lagi hehe 

Tapi bila tengah hari tu, mmg balik dulu rehat kat bilik la hihi Panas lit litt uiiiii ? Petang tu kitaorg sempat lagiii yer mandi manda kat pool depan tuu hahaha 

Malam kita berjimba pulak ke Jonker Walk! Kalau tak silap p makan kat mana tah (cari nama kedai) tapi ya ampunnnnn! Ramaiii giler! Bila berjalan tu memang tengok orang saje jelah hahah 

Oh, pastu kitaorg sempat lagi pergi mall dan beli tiket tengok wayang! Mmg heaven betul malam tu haha Kitaorg memang betul2 amik kesempatan berjalan sakan kat sini. Letih beb! 

Balik malam tu masing-masing dah KO (lembik ?), jadinya semua masuk bilik dan beradu. Esoknya kitaorg balik tengah hari. G jenjalan cari café best, makan (kononnya nak lengahkan masa la sbb nak pergi jugak klebang original coconut shake tu. Yelah, dah alang-alang ke sini, mmg taknak terlepas lagi la! 

Lepas je dari sini, kitaorg masing-masing balik. Next entri mana pulak DD pergi? Stay tuned okay. Kalau korang nak share dgn DD tempat-tempat yang best pun boleh hehe.

 

Kredit gambar utama: Najwa (FB)

Leave a Reply

Your email address will not be published.