Hii guysss ? Ternanti-nanti next entri Yukk Jenjalan DD untuk minggu ni heheh #sabarjap! JENG JENG JENG …..
Okayy jom sambungg hehe Kali ni DD dengan geng lain pergi staycation (sambil werk) ke The Kabin kat Pantai Remis, Selangor ? Kenalkan geng DD kalini dari kiri tu Fella dan tengah tu Iqa. Bestnya kalini kitaorg pergi hari senin yer! Tapi sblm tu kitaorg kena siapkan kerja dulu kat Sushi King.
Tahu tak first time DD tahu kat Sushi King Deli yang kat Gombak tu. Menu pun lain sikit hehe Tapi tempat dia best la, cantik dan tersusun. Kitaorg pergi lunch kat sini dan cepat2 buat kerja amik gambar dan isi perut sbb lepas tu dah boleh gerak ke destinasi seterusnya ?
Dah selesai kerja around 2 something, terus gerak ke Pantai Remis tu. Bayangkan dari Gombak ke Kuala Selangor ? Sejam lebih yer dan ada 3 ke 4 tol nak ke sana.
Around 3 setengah sampai sana, kira ngam la untuk kita cek in. Nasib baik kat sini dia ada letak signboard besar cmni. Kalau tak mesti kitaorg mengagau cari!
Bila cek in tu kitaorg dapat bilik (Rotterdam), antara bilik yang terbesarr ? sebab dalam kabin ni boleh masuk 6 orang tau. Yuhuuuuuu!!! DD suka ngatt! Bilik dia ni ada 2 set katil double decker (utk 4 org) dan 1 katil queen (2 org). Dalam kabin ni ada dua aircond, dua bilik air dan ofcoz TV. DD, Fella dan Iqa tak tgok TV pun haha
Letak je beg dalam bilik, kitaorg keluar untuk tengok tempat dan memang besar! Kalau dah nama pun gegurl yang bercuti, OOTD tu wajib ada! Orang kata stok gambar Instagram seminggu gitew hahaha
Kalau terlintas soalan ‘DD takde video ke utk trip ni’ kena tunggu okayy! Baca sampai bawah hehe Lepas tu kitaorg rehat kejap dalam bilik around 30 minutes dan teruskan perjalanan kita! Dekat sini boleh sewa basikal jugakk tau. Kitaorg amik yang medium, RM8 (sejam). Berbasikal kita sekejap ke pantai. The Kabin dgn pantai remis ni dekat je, tak sampai pun 5 minit. Memandangkan kitaorg ni sesat 2 kali, salah belok, tu yg gigih patah balik pastu basikal tu dah berat kahkah Habis terasa urat segala! Lenguh weh!
Sekali sekala ber-vitamin di kawasan kampung pun helokk untuk fizikal dan mental! Boleh la dapat vide positif dan new idea kan. Kalau nak jumpa jodoh tu mcm mimpi benor ye dak ?
Kat sini pun kalau korang tak larat nak keluar g jenjalan, takpe kat sini ada macam-macam game yang korg boleh main! Selain aktiviti ni, kat sini pun ada ATV, BBQ, Bilik Karaoke, cinema room, swimming pool dan café. So korg kat sini takla kebuntuan idea nak buat dan kebajikan untuk perut pun terjaga hihi
Inilah dinner kitaorg! Gulai ayam lemak cili api shoo sedap! Pastu ikan tu cicah sambal belacan dia, memang terangkat. DD kalau bab makan, kalah teruks hahaha Terliur takkk ?
Around 9 malam kitaorg habis makan, lepas tu gerak ke tempat mainan dia hehe Tengoklahh tu, sorg sibuk dgn kamera, sorg dgn phone (tak habis duk update insta ler tu hihi). Best! Kitaorg main wood toys ni dgn monopoly. DD dgn Fella kalah teruks siap bankrup yer main monopoly HAHAHAHAHAH ish ish #mainjutariapuntaksemiskinni ? Hampir 2 jam jugak kitaorg kat sini dan tahu tak kitaorg sendiri tak perasan hujan! Punyalah leka duk main tu.
Balik bilik tengok TV kejap pastu borak2 lagiii, sambil tu duk buat air teh dengan kopi! Org kata sambil melayan mata gitu.
Bangun pagi tu mcm biasa amik gambar apa yang patut lagii dan selfie dulu! Then baru nak g cari sarapan pagiiii.
Sempat lagi kitaorg ber-sarapan pagi kat sini. Nama tempat ni kalau ikut (Selangkah) tu Gerai sifar no 1, jln meru setia 1. Kitaorg sampai sini around 10 mcm tu, ramai org! Boleh tahan la. Rupanya bila dah order tu, sedap! Dia punya kari dgn sambal dia mmg cukup rasa dan pekat ?
Dengan ini berakhirlah staycation aka werkcation kitaorg haha Kitaorg terus gerak ke office. Best gak kenkadang buat macam ni tapiii kan masa kitaorg bangun pagii, masing-masing cakap nak sambung staycation (konon)! Relaks jer. Jadi kalau korang pun ada idea nak buat mcm ni, onz kan jer okay? Serius best, dan korg akan rasa sangat sangat worth it!
Oh Sebelum DD lupa, kitaorg ada sediakan video untuk tatapan semua #RCLovers!
Dah lepas tengok cepat2 plan staycation korang pulakkk! Bawak family lagi extraganza gumbira hehe
Haa nak tahu kemana pulak DD pergi untuk entri seterusnya?? Kena lah stay tuned okay. Make sure setiap rabu dgn jumaat standby tauuu ? Thank youu sudi baca coretan DD!