Raikan Mural atau Lukisan Tempatan Dengan Kunjungi Tempat Ini

0 Comments

Haluu guysss! Sob sob! Sedih la skrg tak dpt nak berjalan dek PKPB ni ? DD is rindu nak jenjalan lagii. 

Okay, memandangkan kita semua kena duduk rumah sebab kes #COVID19 makin meningkat, jadi jom entri Yukk Jenjalan kita kalini kita berangan dulu okay ? 

Korang tahu takk kat kawasan Selangor atau Klang Valley ni ada banyak tempat karya seni yang menarik tauu. Jom DD kongsi 6 tempat seni jalanan yang best dan korang patut cekidout! Sebelum tu, make sure siap-siap bawak kamera okayy, boleh penuhkan phone atau kamera dgn gambar yang cantik letupsss hihii

1. Laman Seni 2, Seksyen 2 Shah Alam.

Laman Seni Seksyen 2 ini merupakan titik permulaan terjadinya kawasan mural di Shah Alam yang kemudiannya ditukarkan ke Laman Seni 7. “Kembali Ke Sekolah” merupakan tema bagi karya seni di sini. Di sini korang bakal mengimbau suasana nostalgia yang mana korg akan melihat bilik gantung, bas sekolah, lukisan haiwan dan lain-lain. Jangan risau, kat sini pun ada medan selera so bila korg dah penat bergambar #OOTD semua, boleh la rehat minum bersama hehe 

2. Laman Seni 7, Seksyen 7 Shah Alam

Laman Seni 7 ini pula sambungan daripada Laman Seni 2 di Shah Alam yang berdekatan dengan I-City. Seksyen 7 Shah Alam ni memang terkenal dengan tempat shopping! Biasalah byk butik yang berjenama kat sana. Dah alang2 singgah shopping tu boleh la tengok-tengok sekali tempat atau zon kreatif dan cantik ni, boleh hayati bidang seni dan kreatif serta support lukisan mural yang dilukis sendiri oleh pelukis tempatan yang berbakat. 

Kawasan ini adalah hasil daripada inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah lorong belakang kawasan komersial dan perindustrian menjadi selamat, bersih dan tenang. Pelbagai hasil seni yang dilukis seperti lukisan 3D, pemasangan 3D, perabot jalan dan lain-lain lagi. 

Konsep bagi Laman Seni 7 pula ialah ‘Komuniti Shah Alam’, ‘Tarikan Pelancong’ dan ‘Konsep Hijau’. 

3. Safari Jejak Warisan, Klang

Mana orang Klang kat sini? Pernah tak pergi sini?

Rugi lah! Korang yang dtg ke Bandar Diraja Klang, wajib la ke sini okayy. Di sini pun korang boleh mengambil kesempatan dengan bergambar dengan lukisan mural yang menarik dan bertemakan “Safari” di lorong-lorong belakang kedai di bandar lama Klang. Pastinya korang terpesona dengan hasil lukisan bertemakan haiwan ibarat berada dalam safari sebenar. 

4. Sasaran Art, Kuala Selangor

Sejak tahun 2008, Organisasi Sasaran Art telah menganjurkan festival seni berskala besar setiap 3 tahun bagi memberi pendedahan tentang lukisan jalanan. Selain itu, dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor, pembinaan bangunan 2 tingkat telah dijadikan sebagai sebuah pusat galeri seni yang dinamakan “Balai Seni Sasaran Kuala Selangor”. Ia berfungsi sebagai pusat seni, festival atau pameran tempatan dan antarabangsa dalam mempromosikan aktiviti kesenian dan kebudayaan. 

5. Mural Jalan Kenari, Puchong

Kawasan mural ini terletak di Jalan Kenari 5, Puchong ini dihiasi dengan pelbagai lukisan mural di sepanjang jalan keluar. Karya seni lukisan mural ini telah dilukis hasil oleh 103 orang pelajar tahun akhir dari The One Academy, Subang Jaya dan juga dari Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik yang mengambil masa selama 6 hari. Hasil lukisan mereka menggambarkan kecantikan dan elemen budaya Malaysia berdasarkan tema Negeri Selangor dan keunikan Negara.  

6. Kuala Kubu Bharu Mural (KKB), Hulu Selangor

Kuala Kubu Bharu (KKB) terletak lebih kurang 70km dari bandar Kuala Lumpur, Bandar Kuala Kubu Bharu terkenal dengan tarikan aktiviti semula jadi seperti water tubing dan white water rafting. Tetapi bukan itu sahaja, terdapat juga kawasan seni jalanan di mana karya seni dilukis di dinding bangunan lama kawasan KKB. 8 lukisan mural di KKB ini juga telah dilukis oleh 40 orang pelajar dan staf dari ALFA College pada tahun 2014 yang menggambarkan kehidupan bandar di KKB.

Sekarang korang boleh plan dulu mana nak pergi hehe Nanti bila dah habis PKPB ni, apa lagiii naik kereta dan terus ke sini! Kalau bukan kita yang support karya seni pelukis tempatan, siapa lagi kan? Lukisan-lukisan ni semua cantik dan mempunyai makna tersendiri. Enjoyyy okay! 

Sampai sini sahaja entri DD utk kali ni. Next tempat? Stay tuned utk next entri DD yer ? 

Kredit gambar utama: zzkoay81 (Instagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published.