Haluu #gengRC ? macam mana hari korang semasa PKPB ni? Takmo stress yer hehe DD harap korg semua sentiasa dalam keadaan sihat dan SOP jangan lupa okay? Pakai mask, bawak sanitizer dan jaga penjarakkan sosial korg.
Selalu korg g breakfast kat mana? Jadi entri DD untuk minggu ni ialah DD nak kongsikan beberapa tempat ‘breakfast’ yang menarik dan instagrammable. Boleh la korg pergi dengan yang tersayang nanti eheh #acahbreakfastdategitu
Jaslyn Cakes, KL
- Café ni kecil tapii ramai tauu yang pergi sini! Kalau korg mmg suka makanan yang manis dan fluffy, sesuai sgt ke sini yer. Antara makanan yang korg patut cuba ialah Kek Carrot dgn Donut Custard dia, confirm tak nyesal tapi siap tambah lagii heheh
- Beroperasi setiap selasa hingga ahad, pukul 11 pagi hingga 7 petang dan isnin tutup.
The Bread Shop
- Bila datang sini korg mesti eksaited habis tengok pelbagai jenis makanan ada! Fuh habis korg melting nanti hahah Rasa mcm semua nak makan. Tapi korg patut cuba cruffins, pain au chocolate, chocolate danish.
- Bertempat di Bukit Damansara dan buka setiap hari Selasa hingga Jumaat (pukul 8 pagi – 7 petang) dan Sabtu & Ahad (pukul 8 pagi – 6 petang).
Kenny Hills Bakers
- Penggemar kopi, dessert mesti tahu tempat ni! Femes tauu! Setiap masa mesti penuh hehe Tapi berbaloi. Korg patut cuba peach strudels, chocolate cake. Pelbagai pilihan menu ada kat sini so korg takkan putus idea nak makan apa hihi
- Beroperasi setiap hari, pukul 8 pagi sehingga 7 petang.
Der Backmeister
- ‘Der Backmeister’ ni ialah bake master dalam bahasa Jerman. Terasa mewah sangat bila sarapan pagi kat sini hehe #sekalisekalaapasalahnya ?
- Kat sini sesuai kla kalau korg nak ngedate dgn tersayang tuu. Berbaloi sgt! Korg boleh cuba Sunny Meatloaf, Apple Strudel & Custard Danish!
- Café ni mempunyai cawangan di Ampang & Taman Tun Dr Ismail. Beroperasi pada setiap hari , pukul 7.30 pagi sehingga 9.30 malam (cawangan Ampang) manakala bagi cawangan TTDI pulak beroperasi pada setiap hari Selasa hingga Ahad, pukul 8 pagi – 7 petang.
Pada korang yang berada di KL atau tinggal berdekatan sana, boleh ke café-café ni hehe Takla bosan duduk rumah asyik nak masak je kan!
And entri Yukk Jenjalan kali ni berakhir di sini ? Tunggu next entri pulak okay? DD nak berkongsi tempat-tempat breakfast yang menarik di kawasan Selangor pulak hehe Jadi mana selangorian tuuu stay tuned okayyyy.
Kredit Gambar Utama: Freepik