Hii gaiss! Harapnya korang semua dalam keadaan baik dan tenang. Jangan panik!
Sebelum kena PKP ritu sib baik DD and the geng dapat ke Ipoh untuk kitaorg kerja. Jadi sempat la berstaycation kejap hihihi
Untuk entri Yukk Jenjalan kali ni, DD nak kongsi 2 tempat makan kat Ipoh yang korg boleh cekidout ? Tapi yang satu tu ofcoz korg tahuu sebab dah femes!
Tomyam Batu Enam, Tambun
Kedai ni berdepan dengan Petronas dan Starbucks! Jangan risau, kedai ni pun memang terang jadi kalau korg lalu mesti nampak hehe
Kitaorg datang sini around 8 malam, pun dah ramai! Tapi bestnya kitaorg sampai sini terus dapat tempat duduk. Best takyah tunggu hehe
Jom tengok apa yg kitaorg order yer hehe
Kitaorg 4 orang amik nasi dengan lauk iaitu Ayam Paprik, Kailan Ikan Masin & Tomyam Campur! Lepas tu kitaorg minta Kerang Bakar 2 set tapi pinggannya ala perahu tu kecik! Tak puas hahahaha Jadi terpaksa la minta lagi 2 set ?
Cili cicah kerrang bakar ni takla pedas mana bagi kitaorg la hehe Tapi kalau makan masa panas-panas tu fuhhh tangkap beb hahaha
Pastu member DD yang lain lak order Kerabu Megi dengan Nasi Air. Katanya taknak la makan nasi haa gituu.
Pastu ada satu lagiii! Udang goreng tepung tapii awal2 dah masuk perut! Tak sempat pun nak maik gambar hahaha
Total kitaorg makan sini hanya RM112 jekk untuk 5 orang. Berbaloii gakk!
Next tempat? The one and only Restoran New Holly Wood kat Ipoh hihihih Kitaorg datang sini pun sebab teringin dan kerana hasutan dari kengkawan yang lain cakap sini sedap teruksss. Haa gituu.
Restoran New Holly Wood, Ipoh
Meriah kan! Kitaorg sampai sini dah waktu makan tengah hari pun gaiss. Memandangkan kitaorg baru je lepas buat aktiviti Limestone Hill Climbing, Cave Adventure dengan Flyng Fox kat Xscape Tambun tu sudah sememangnya la perut masing-masing kelaparan hahaha
Apa yang kitaorg order?
- Laksa Siam
- Mee Udang Sup
- Nasi Ayam
- Char Kuey Teow
- Wantan Udang
- Mee Suah
Akhir sekali mesti kena ada wantan goreng chuolsss!
Bila perut lapar, semua pun nampak sedap dan kalau boleh semua pun nak order! Haha #niyangkatarambangmatauolssss! So korang jangan tiru DD and the geng ni yer.
Pilih makanan ikut kemampuan diri bukan nafsu eh #tiber kihkih
DD and the geng sempat pergi 2 tempat ni je sepanjang kitaorg kat Ipoh. Tapi dua2 tempat ni memang shooo shedappp! So berbalooii la hihi
Next trip boleh cuba makan kat tempat lain pulak hehehe #takshabar Tapi skrg jom focus duduk di rumah dan stay safe! Marilah kita sama – sama memerangi dan mencegah #COVID19! #kitajagakita