Pelancong Dari Malaysia Dah Tak Perlu Kuarantin Kalau Ke Australia

0 Comments

Berita baik buat korang yang nak travel ke Australia!

Bermula 21 Februari ni, Australia dah buka semula sempadan negara mereka untuk semua pengunjung tanpa perlu jalani kuarantin. Tapi ada syaratnya:

1. Lengkap dua dos vaksinasi yang diiktiraf TGA (Therapeutic Goods Administration) antaranya Pfizer, AstraZeneca, Moderna, Sinovac dan Janssen

2. Buat ujian rapid antigen test dalam masa 24 jam atau PCR dalam masa 72 jam sebelum berangkat.

Kredit: Medakit Ltd via unsplash

3. Pemegang visa lengkap vaksinasi boleh memasuki mana-mana wilayah atau negeri bebas kuarantin kecuali Western Australia.

4. Patuhi keperluan yang ditetapkan negeri atau wilayah yang dilawati. Sentiasa up-to-date dengan maklumat mengenai kemasukan sebab kerap dikemaskini.

5. Untuk keperluan melawat kawasan wilayah atau negeri tertentu, boleh rujuk https://www.australia.gov.au/states

Supaya korang tak terlepas apa-apa maklumat terkini untuk melancong ke Australia, korang boleh rujuk website https://www.australia.gov.au/travelling-to-australia.

Kredit: Nathan Dumlao via unsplash

Yang penting, melancong ke mana-mana pun tetap patuhi SOP yang ditetapkan. Jaga jarak dan sentiasa pakai pelitup muka tau. Kita masih belum menang.

Stay safe!

Kredit gambar utama: Leio McLaren via unsplash

Leave a Reply

Your email address will not be published.