Staycation Di Desaru Ramadan Ni? List Lokasi Menarik Untuk Korang Try Buffet Iftar

0 Comments

Sambil countdown nak masuk Ramadan ni, Juju percaya ada juga yang tengah countdown untuk staycation kan? 

Alaa, bukan apa. Staycation bulan puasa ni feel dia sangat lain. Sebab masa ni memang kita tak ada nak foodhunting sangat. Lebih kepada menikmati keindahan alam dan tempat menarik je haa.

Pss, side note. Banyak jimat. ;p

Kalau hari tu Juju ada share pasal buffet iftar unlimited kambing bakar dekat Penang yang boleh korang try, kali ni Juju nak share tempat menarik wajib cuba kalau korang plan nak staycation dekat Desaru masa Ramadan ni.

Four Points by Sheraton Desaru

Bulan puasa ni biasalah. Air kosong pun nampak sedap kan? Nak pulak kena musim panas. Ya Tuhan, dugaan bethol-lah!

Tapi dekat Four Points ni, korang memang akan lagi rambang mata sebab lebih 100 menu tradisional dan antarabangsa disediakan. Sebut je apa semua ada. Meh Juju sebut sikit, biar korang meleleh.

Ada Arabic Station, Hot Tandoor Station, Smokehouse Charcoal & Grill Selection, Seafood on Ice, Local Salad Bar, Sweet & Dessert, French Pastries dan banyakkkk lagi. Kering tekak ha kalau nak senaraikan semua.

Available dari 7 April sampai 2 Mei dari 6pm – 10pm, tema Four Points untuk Ramadan kali ni ialah Selera Warisan yang bermula dengan harga RM64 untuk kanak-kanak & warga emas dan RM128 untik dewasa.

Tapi! Kalau korang book awal sampai 6 April ni, harga cuma RM44 dan RM88 je. Murah banyak kan? Terus je call +6017 239 9163 untuk tempahan.

The Westin Desaru Coast Resort

Ramadan kali ni istimewa sikit The Westin umumkan kolaboras dengan juri Master Chef Malaysia, Cef Adu Amran dengan Gandingan Citarasa Air Tangan Cef Adu.

Dengan harga serendah RM148 seorang atau RM120 kalau korang book sebelum 31 Mac ni, korang akan disajikan dengan pelbagai menu hidangan istimewa air tangan Cef Adu antaranya Sup Gearbox, variasi sate, Kambing Golek, Ulaman Desa, Bubur Lambuk Ayam, Rendang Sapi Ala Minang dan banyak lagi lah.

Satu lagi yang istimewa kalau korang member Marriott Bonvoy, boleh dapat sampai 15% diskaun untuk Gold Elite member dan 20% diskaun untuk Platinum Elite Member. Tambahan, member Club Marriott dan Maybank Credit Cardholder pun boleh dapat 15% diskaun.

Maklumat lanjut tentang pakej ni, T&C dan sebagainya… Korang boleh terus call +607 838 3333, WhatsApp +6019 755 0283 atau emel ke sales.desaru@westin.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.