Selangor Fruits Valley, Lokasi Pelancongan Ala Cameron Yang Menarik Untuk Diterokai

0 Comments

Pernah terfikir tak, adanya tempat pelancongan menarik ala-ala Cameron yang lokasinya tak sampai 1 jam perjalanan menaiki kereta dari KL? Haa, dengar macam menarik kan?

Buat korang yang berhasrat nak bercuti dekat Cameron Highlands sebab nak tengok pemandangan yang hijau-hijau, Juju nak share sikitlah yang korang sebenarnya tak payah pun nak pergi jauh-jauh. Nun di Rawang tu ada.

Selangor Fruits Valley (SFV)

Kredit: MDKS

Hari tu, Juju berpeluang datang ke sini dan tengok apa yang best sangat dekat sini sampai ada yang datang repeat lebih 2 kali ni. Rupanya korang, memang bestlah! 

Yang dah tak ada kampung, korang jangan sedih-sedih sangat. Sebab dekat SFV ni memang terasalah suasana kampung tu sebab konsep agro-pelancongan yang dorang tawarkan ada macam-macam.

Antaranya:

  1. Taman Rusa – Banyak rusa jinak dekat sini, so korang bolehlah sambil bagi makan tu usap-usap sikit kepala dorang. Nak bergambar pun tak ada masalah tau. 
  1. Taman Arnab – Dekat Taman Arnab ni korang boleh gomol arnab yang ada. Ei, comel comel tau. Memang geram je Juju nak picit-picit. Bolehlah bergambar sambil bermain dengan arnah-arnab jinak ni. Kalau bawa budak kecil, mesti lagi happening.
  1. Ladang Jambu – Rugilah kalau dating SFV tak try sendiri buahan dan sayuran yang dorang tanam kan? Macam Juju hari tu, kitaorang sempatlah kutip jambu sambil belajar macam mana nak tahu jambu tu dah masak ke belum. Manis sangat korang jambu tu. Susah tau nak dapat rasa maacam tu kalau beli dekat tepi jalan tu.
  1. Taman Itik – Sambil sambil tengok macam mana kehidupan seekor itik, korang boleh belajar macam mana nak buat telur masin. Juju ingatkan yang sebelum ni serbuk hitam yang digunakan untuk balut telur masin tu arang tau. Datang sini barulah tahu yang tu rupanya serkam padi! Banyak yang Juju belajar.
  1. Rumah Kampung – Paling Juju suka, keluar je dari pintu dapur rumah kampung ni terus ada reban ayam. Mengimbau nostalgia zaman kanak-kanaklah di sini. Dan ada juga reban kambing di belakang rumah kampung ni. Yang penting kawasan rumah memang dijaga. Bersih jee.

Selain daripada yang Juju lawat ni, korang juga boleh try out dorang punya aktiviti. Antara yang ada dan menarik ialah sukan air, nak menorah getah pun boleh. Yang penting datanglah ke SFV ni.

Lokasi:

KM7, Jalan Rawang -Bestari Jaya,

45600 Bestari Jaya, Selangor.

Waktu operasi SFV:

Isnin – Ahad: 9am -4pm

Jumaat: TUTUP

Dengan harga tiket serendah RM25 untuk kanak-kanak dan RM30 untuk dewasa, korang boleh layari laman web https://selangorfruitvalley.my/ untuk dapatkan maklumat lanjut.

Atau follow je FB SFV untuk tengok pakej yang ada disediakan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.