Buffet Ramadan 2022 Yang Menarik Di Kuala Lumpur (PART 1)

0 Comments

Semakin menghampiri bulan Ramdan, makin banyak yang tawarkan pakej buffet Ramadan yang menarik. Macam-macam yang ditawarkan sampai rambang matalah nak pilih mana satu yang sesuai untuk bawa keluarga dan kawan-kawan.

Kalau korang area Kuala Lumpur je, Juju ada beberapa tempat yang Juju rasa sesuai dan selesa untuk korang buka puasa ramai-ramai.

Aloft Kuala Lumpur Sentral

Dengan tema Mari-Mari Makan Buffet bermula RM168 untuk dewasa, Aloft Kuala Lumpur Sentral akan bawa korang untuk rasai perjalanan menu dari Kelantan ke Johor yang dikendalikan team cef yang diketuai oleh Chef Arfizan.

Meat lover pasti suka gila datang sini sebab menu fevret rakyat Malaysia ada disediakan contohnya Ayam Percik Kelantan, Bubur Lambur, Rendang dan banyak lagi.

Untuk tempahan boleh terus call +603 2723 1154 atau emel terus ke  kulal.b&f@marriott.com 

Element Kuala Lumpur

Mengambil semangat Ramadan,  Restoran TRACE dengan bangganya mempersembahkan Juadah Selera Kita yang menginspirasikan makanan tempatan Malaysia macam Sup Utara, Claypot Style Masak lemak Cili Api, Briyani Kambing dan macam-macam lagi dengan harga serendah RM74 untuk kanak-kanak dan RM148 untuk dewasa.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh terus call +603 2771 3388 / 3351 atau WhatsApp +6010 267 0338 dan emelkan ke TraceRB.Elementkl@element-hotels.com

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown

Konsep Bazar Selera yang diperkenalkan pasti akan buat korang terasa macam berjalan di bazar. Aneka juadah boleh dinikmati secara free flow dengan bayaran RM 158 seorang. Antara menu utama yang jadi perhatian ialah Kam Heong Flower Crab, Kambing Bakar ala Mongoloa, Kambing Kuzi dan macam-macam lagi. 

Menariknya, order boleh dibuat di app OODLE atau pun korang boleh call & WhatsApp nombor +6012 507 3327 atau emelkan ke dining@fourpoints.com

Four Points by Sheraton Puchong

Berbeza dengan cawangan di Chinatown, Sheraton Puchong memperkenalkan hidangan dengan tema Tradisi Warisan. Comfort food untuk anak-anak perantauan yang jauh dari desa. Sup Ekor Stail Mamak, Gulai Kawah, Kambing Bakar, Nasi Mandi, DOodl, Onde-onde dan macam-macam lagi menu warisan boleh korang dapati di sini. 

Dengan harga bermula RM79 untuk kanak-kanak dan RM158 untuk dewasa, tempahan Early Bird cuma perlu bayar RM110 je tau.

Maklumat lanjut boleh call +603 5891 8855 / 8888 atau emelkan terus ke  eatery.puchong@fourpoints.com

Le Meridien Kuala Lumpur

Dengan bayaran RM188 untuk dewasa san RM94 untuk kanak-kanak, korang boleh nikmati hamper 200 menu yang ada disediakan oleh team Cef Budiman. Rendang, Tandoori Murgh, Lemang & Serunding, Kerabu, Bubur Lambuk, Mee Udang Bakar antara menu yang menarik boleh korang Cuma. 

Tidak dilupakan diskaun untuk Early Bird dan member Club Marriott ada disediakan tau. Maklumat lanjut, terus hubungi staff Le Meridien di +603 2263 7888 atau emelkan ke  dining.reservation@lemeridien.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.