Bulan puasa dah dekat ni. Bos korang dah mula ada kasi hint tak nak belanja pergi makan buka puasa?
Kalau ofis korang dekat KL, meh Juju kasi lokasi yang boleh korang consider untuk minta bos bawa untuk buka puasa nanti. Btw, yang ni Part 2 tau. Part 1 korang boleh baca deakt sini: Buffet Ramadan KL – Raja Cuti (Part 1).
Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Sesuai dengan waktu buka puasa, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel datang dengan konsep Selera Rasa Senja yang menampilkan pelbagai menu untuk korang nikmati sebagai juadah buka puasa.
Ada Kambing Panggang, Trio Siakap Senja yang unik sebab menggabungkan dua jenis masakan iaitu deep-fried dan oven-baked, ada juga Salai Special, Pandan Onde-Onde dan pelbagai menu lagi dengan harga RM198 untuk dewasa dan RM98 untuk kanak-kanak.
Member Marriott Bonvoy, Club Marriot dan Early Bird jangan ketinggalan dapatkan harga diskaun sehingga 35% tau. Maklumat lanjut boleh terus call +603 2717 9933 / +6012 337 9980 atau emelkan ke Kulsi.Essence@sheraton.com.
The St. Regis Kuala Lumpur
Berbeza dengan buffet lain yang ditawarkan, The St. Regis buat kelainan dengan menghidangkan menu bersama buah-buahan contohnya macam belimbing, cempedak, kedondong, laici dan sebagainya.
Buffer Malam Warisan Melayu ni boleh korang tempah bermula harga RM248 seorang dengan cara terus call talian +603 2727 6696 atau emel ke dining.kualalumpur@stregis.com.
The Westin Kuala Lumpur
Dengan harga serendah RM188 untuk dewasa, korang boleh rasa lebih 380 menu sepanjang 24 hari, hasil air tangan 20 cef yang mana antara yang mesti try Kari Kepala Ikan, Nasi Briyani Ayam, Chicken Tandoori, Kambing Golek Berempah Kuzi dan banyak lagilah.
Makanan yang pelbagai buatkan korang rasa tak menyesal bayar nilai tersebut. Yang penting jangan lupa claim diskaun sehingga 35% tau kalau korang member Marriott Bonvoy dan Club Marriot.
Mudah je terus call +603 2773 8495, WhatsApp +6012 305 1715, atau emel je westindining@westin.com.
Selamat berbuka!