Online Je, Ini Cara Mudah Untuk Korang Minta Refund Untuk Kad TnG Yang Hilang Atau Expired

0 Comments

Korang pernah tak berdepan dengan situasi kad TnG hilang? Atau expired? Atau mungkin jugak terlebih caj dekat tol? Kena pulak dalam tu banyak duitnya. Menggelabah jugak kan kalau tak tahu cara dan ingat duit dalam kad akan burn macam tu je.

Pertama sekali, tenang dan jangan risau. Duit korang tak akan burn tau. Korang boleh minta refund je dengan cara mudah ni.

1. Tahu nombor siri kad. Setiap kali korang topup, korang akan dapat resit dan dalam resit tu ada nombor siri kad TnG.

2. Daftarkan kad TnG korang dekat website Touch ‘n Go. Isi semua maklumat yang diperlukan.

3. Pergi ke bahagian Customer Servive TnG e-Refund dan isikan maklumat untuk proses Refund Request dan kalau kad hilang sila pilih Card Termination. Kalau dah expired boleh pilih option Expired Card.

4. Pilih cara refund payment dan jangan lupa Submit application korang okey?

Dalam tempoh masa 30 hari, koran akan dapat balik duit yang direfund. Jangan lupa check juga e-mel untuk pengesahan permohonan refund diterima ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.