Lebih 40,000 Tempahan Diterima Resorts World Cruises Dalam Tempoh Kurang Sebulan

0 Comments

Dalam masa lebih kurang dari sebulan beroperasi, Resorts World Cruises dah pun terima lebih 40,000 tempahan tetamu sehingga akhir tahun bagi pelepasan kapal dari Pelabuhan Klang!

Operasi yang dah bermula sejak 18 Julai lalu menyediakan pelayaran pergi balik untuk tiga malam melalui Kapal Genting Dream dari Pelabuhan Klang – Pulau Pinang dan pelayaran dua malam dari Pelabuhan Klang – Singapura.

Selain daripada pelayaran tiga malam ke Pulau Pinang dan Singapura yang berlepas setiap hari Isnin, korang juga boleh pilih pelayaran dua malam pergi balik ke Singapura yang berlepas setiap Khamis dan Sabtu dengan harga pakej bermula RM599 setiap orang.

Bukan setakat pakej pelayaran, ada juga makan malam percuma sepanjang hari dengan hidangan berkonsepkan antarabangsa dan Asia serta sudut snek yang boleh dinikmati sepanjang hari.

Tiada masalah untuk pelancong Muslim sebab kapal persiaran ini adalah Kapal Persiaran ‘Mesra Halal’ yang mengikuti Standard OIC/SMIIC Pertama di Dunia. Tentang solat jangan risau sebab di bahagian atas kapal ada ruangan khas untuk digunakan. 

Selain daripada ini ada juga aktiviti menarik untuk rekreasi seisi keluarga antaranya tayangan filem dengan kapasiti 1,000 tempat duduk, taman tema air di laut dengan kolam, gelongsor air, zipline, rock climbing dan macam-macam lagi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan tempahan atau jadual pelepasan, korang boleh terus ke https://www.rwcruises.com/ 

Leave a Reply

Your email address will not be published.