ZUS Coffee Sambut Ulang Tahun Ke-3 Dengan Ucapan Terima Kasih Kepada Semua Rakyat Malaysia

0 Comments

Ingat lagi tak masa awal-awal pembukaan ZUS Coffee pada tahun 2019 di Lorong Binjai, Kuala Lumpur? Pergh, memang menjadi kegilaan ramai berebut-rebut nak minum. Tapi korang tau tak kini ZUS Coffee telah menghidangkan hampir 20 juta cawan kepada 5 juta pelanggan melalui 150 cawangan di seluruh negara! Gempak. Malah, jenama yang diperakui Halal ini juga telah mengukir reputasi sebagai jenama tempatan yang berdedikasi untuk menyediakan kopi istimewa berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

Ketua Pegawai Operasi di ZUS Coffee, Venon Tian percaya bahawa kejayaan mereka ini berpunca daripada sambutan hebat daripada pengguna Malaysia. “Terima kasih kepada jutaan rakyat Malaysia yang telah menyokong ZUS Coffee selama ini, tiada ZUS tanpa U! dan itulah sebabnya ulang tahun kali ini sangat penting untuk diraikan,” jelasnya.

Selepas penat lelah abang rider menghantar pesanan 11.11 bonanza tempoh hari, ZUS Coffee melancarkan inisiatif Terima Kasih, Abang Rider dengan memberi secawan Americano percuma kepada semua rider yang mengambil tempahan pelanggan di ZUS Coffee, antara jam 3 petang – 6 petang pada 14 November ini! Juga, untuk korang semua yang akan mengundi pada 19 November nanti, inisiatif Jom Undi akan dilaksanakan dimana korang boleh dapatkan 15% diskaun di Apps dengan menggunakan kod ZOMVOTEMSIA.

Apa pun jangan lupa jalankan tanggungjawab korang sebagai rakyat Malaysia untuk pergi mengundi okeh! Dah habis mengundi, boleh lah mengopi di ZUS Coffee.

Leave a Reply

Your email address will not be published.