Teh Lipton Baharu Untuk Dinikmati Bersama

0 Comments

Siapa dekat sini suka sangat minum teh? Sibuk-sibuk pun kalau dapat pekena teh, memang segar-bugar terus badan ni. Demi memudahkan rakyat Malaysia yang selalu sibuk untuk menikmati hari mereka dengan lebih baik, Lipton baru-baru ini telah melancarkan #GoodnessMadeDelicious yang merupakan rangkaian terbaharu yang diperbuat daripada herba terpilih dimana hanya memerlukan 2-3 minit je masa untuk membancuh! Boleh lah buat ngaso-ngaso untuk kekal kembali positif dengan semangat baru betul tak?

Rangkaian kesejahteraan Lipton baharu yang ternyata sedap di bibir ini didatangi dalam tiga varian berbeza iaitu Get Fit, After Meal dan Sweet Nights. Ia juga tidak mempunyai sebarang kalori dan seterusnya dapat membantu mengimbangi pelbagai gaya hidup pengguna. Jadi, mana satu yang korang teringin nak cuba dulu? 

“Pasaran teh telah berkembang secara dramatik dalam beberapa tahun ini selari dengan gaya hidup pengguna yang sibuk. Hari ini pengguna bukan sahaja menitikberatkan kualiti dan manfaat sesuatu produk, namun mereka akan memastikan ianya enak untuk dinikmati. Rasa yang enak memastikan mereka konsisten dalam perjalanan kesejahteraan mereka, dan ianya telah mendorong permintaan untuk teh yang sihat dan bermanfaat pada masa yang sama,” kata Reena Chong, General Manager of ekaterra Southeast Asia.

“Kami gembira untuk melancarkan rangkaian kesejahteraan baharu Lipton buat pengguna di luar sana – apapun keperluan kesejahteraan anda, kami kini mempunyai produk bagi membantu menjadikannya sebahagian dari rutin harian anda. Dari GET FIT kepada SWEET NIGHTS, setiap varian mempunyai tiga bahan utama yang dicipta khusus untuk memberi manfaat kepada kehidupan harian anda. Bukan sahaja ianya enak untuk dinikmati, tetapi setiap cawan boleh melengkapkan diet seimbang seseorang – pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja”, tambah beliau.

Jom gais kita bancuh dan minum teh kesejahteraan #GoodnessMadeDelicious Lipton ni bersama-sama!

Leave a Reply

Your email address will not be published.