Perasan tak sekarang ni asal namanya makanan viral, mesti ada cheese. Semua benda diletakkan cheese yang meleleh-leleh. Memang visual cheese tu boleh buat kita terliur!
Tapi korang pernah makan tak durian cheese? Bukan crepe durian yang ditambah cheese tapi buah durian yang diletakkan cheese. Di Singapore, menu durian bakar cheese menjadi semakin popular selepas diperkenalkan oleh sebuah gerai durian di sana.
Dalam satu video yang dikongsikan di TikTok @travlim, korang boleh nampak yang durian akan dibakar terlebih dahulu menggunakan arang selama beberapa minit. Kemudian keju akan diletakkan di atas isi durian yang dibakar tadi sebelum sekali lagi dibakar menggunakan burner.
Hasilnya, isi durian nampak lebih mengancam dengan warna kuning keemasan bersama kesan cheese terbakar.
Pergh! Nampak mengancam gila kan? Dekat Malaysia ada tak, kalau ada min nak try jugak macam mana rasanya ni.
Kredit video: TikTok @travlim