Asal lalu Jambatan Pulau Pinang, korang perasan tak ada pulau kecil dekat sebelah tu. Lama dah nak tahu apa ek yang ada dekat sana, siapa yang datang sana dan macam-macam lagilah.
Haa, kalau korang nak tahu, jom kita tengok video TikTok @jolzerol ni. Beliau bawa kita semua teroka pulau misteri ni dengan sharing video ini.
Sampai je pulau tersebut, kehadiran mereka disambut oleh beberapa ekor anjing. Jangan risau anjing tu baik dan tak mengganggu pun. Ada juga hidupan laut yang rare dekat sana!
Menurut @jolzerol, disebabkan terdapat banyaknya hidupan laut di pulau tersebut, pihak kerajaan ingin mewartakannya sebagai kawasan perlindungan marin. Dari komen-komen penduduk sekitar, ada yang menjelaskan bahawa pulau tersebut terjadi akibat daripada penambakan laut dan dikenali sebagai Pulau Kezambo.
Korang kalau nak datang sini, jangan tinggalkan sampah pulak. Tangan pun jangan gatal-gatal nak petik atau musnahkan hidupan di sana. Tapi kena tahu, tak ada bot khas yang disediakan tau. Ini pun beliau kata ikut kawan-kawannya.