Setiap zon ada waktu berbuka yang berbeza. Tapi korang tahu tak yang di bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, terdapatnya tiga zon waktu untuk berbuka?
Di Burj Khalifah, kalau korang berada di bahagian aras atas, korang perlu tunggu lebih kurang 3 minit untuk berbuka berbanding jika korang berada di bahagian aras bawah.
Nak tahu kenapa?
Menurut penjelasan Mufti Besar Dubai, disebabkan bangunan tersebut sangat tinggi, waktu berbuka perlu dibahagikan kepada 3zon. Ini kerana terdapatnya perbezaan waktu di aras berkenaan terutamanya pada waktu Maghrib, Isyak dan Subuh.
Zon 1: Tingkat 80 ke bawah boleh berbuka mengikut waktu azan Maghrib di masjid.
Zon 2: Tingkat 80 hingga 150, perlu menunggu 2 minit daripada zon 1.
Zon 3: Tingkat 150 ke atas perlu berbuka 3 minit selepas Zon 2.
Namun, untuk waktu Subuh mereka yang berada di zon atas akan melihat fajar terlebih dahulu iaitu Zon 3, diikuti Zon 2 dan Zon 1.
Sumber: Arabia Weather
Kredit gambar utama: Ashim D’Silva via unsplash.com