Pernah tak korang scroll media sosial lepas tu ternampak video menu cheese tarik yang dituang ke atas ayam goreng? Dia punya amaun cheese tu memang tak boleh bincang. Kena pula tukang bakar cheese tu memang terlatih dan power beraksi.
Kalau korang nak tahu, jenama Chicken Royale kini dah ada lebih 10 buah cawangan restoran di seluruh Malaysia dan kini dibuka untuk dijual. Dalam satu iklan di Mudah.my, harga yang ditawarkan ialah RM35 dan masih boleh dirunding.
Bayaran separa dalam bentuk saham yang boleh dipercayai dan berharga atau komoditi seperti emas, serta aset seperti hartanah. Akan tetapi sekurangnya 40% mestilah dalam bentuk tunai.
Malah 2% daripada hasil jualamakan dihadiahkan kepada kakitangan sedia ada sebagai bonus perpisahan antara pengasas dan pekerja bagi meningkatkan semangat mereka bekerja dengan pemilik yang baru.
Fun fact tentang jenama ini, ia adalah milik 100% Muslim dan sudah berada dalam pasaran selama 7 tahun bermula dengan trak makanan.
Korang kalau belum try Chicken Royale memang kena try. Paling best sebab servis dorang memang efisyien gila!