Kaya dengan khazanah alam. Inilah salah satu daripada ratusan sebab kenapa Pulau Langkawi tersenarai sebagai salah satu destinasi percutian paling popular di Malaysia.
Kalau korang tengah cari kelainan untuk bercuti di pulau lagenda ini, dengan harapan untuk merehatkan minda daripada kesibukan dan hiruk pikuk kota yang serba sibuk, Temple Tree Resort Langkawi ada jawapannya.
Selain daripada bilik dan suite yang setiap satunya ada keunikan tersendiri, korang tahu tak yang Temple Tree Resort Langkawi juga ada tawarkan lapan buah rumah warisan asli yang mana ia dibawa khas ke Langkawi dan masih lagi gah berdiri sehingga ke hari ini, iaitu Straits, Johor, Colonial, Estate, Plantation, Penang, Ipoh dan Negeri Sembilan.
Hari ni min nak share tentang rumah yang sesuai untuk korang yang datang berkeluarga dulu.
Straits House
Sesuai untuk penginapan sehingga 8 orang, Straits House dilengkapi dengan 4 bilik tidur yang mana setiap satunya dilengkapi dengan kemudahan tandas. Ruang tamu, ruang beranda lengkap dengan meja makan, private pool dan laman rumah untuk outdoor dining berserta cef juga disediakan untuk kemudahan penghuni.
Negeri Sembilan House
Untuk keluarga kecil, Negeri Sembilan House merupakan rumah yang paling sesuai kerana kapasitinya boleh menempatkan 4 orang ahli keluarga. Rumah yang dibawa khas dari Mantin ini akan membawa korang kembali semula ke zaman membesar di desa dengan binaan tingkap rumah dan tangga yang berwarna-warni.
Colonial House
Dibina pada tahun 1920-an, rumah Colonial yang pernah dimiliki oleh sebuah keluarga Arab ini dibawa khas dari Georgetown, Pulau Pinang. Dengan ruangan 4 bilik besar yang boleh disewa berasing, Colonial House agak unik jika dibandingkan dengan rumah klasik lain kerana ada ruangan untuk penghuni bersosial di dalamnya.
Untuk musim cuti sekolah, biasanya Temple Tree Resort Langkawi ada menyediakan pakej promosi menarik. Nak tahu lanjut tentang promosi yang ada, korang boleh terus ke www.templetree.com.my, telefon/WhatsApp talian +6017 599 5935 atau emel ke enquiries@templetree.com.my.
Instagram: @templetree_langkawi
Facebook: Temple Tree Resort Langkawi