Nak Tambah Koleksi Gold Wafer? Habib Ada Yang Baharu!

0 Comments

Sempena ulang tahun ke-60 Zoo Negara, HABIB melancarkan edisi kedua wafer syiling emas 999.9 “HABIB x Zoo Negara” beserta sumbangan sebanyak RM100,000. 

Kolaborasi ini meraikan komitmen lama HABIB dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya dan membantu dalam peranan Zoo Negara untuk pemuliharaan dan pendidikan.

Koleksi HABIB x Zoo Negara 2023 ialah edisi terhad wafer syiling emas 999.9 yang diilhamkan daripada dawn in the wild, menunjukkan cara haiwan memulakan hari serta permulaan yang baharu untuk Zoo Negara. Wafer syiling emas 999.9 edisi terhad ini datang dalam enam reka bentuk berbeza diinspirasikan oleh haiwan ikonik yang terdapat di zoo, iaitu harimau Bengal putih (white bengal tiger), panda gergasi (giant panda), burung pegar emas (golden pheasant), singa Afrika (african lion), zirafah (giraffe) dan raja cheetah (king cheetah).

Dengan harga emas pasaran yang kian meningkat serta ketara dalam nilai, orang ramai kini lebih sedar mengenai nilai emas dan bagaimana emas bukan lagi semata-mata untuk perhiasan; ia kini dilihat sebagai inisiatif pelaburan. Wafer syiling emas 999.9 HABIB edisi Zoo Negara ini merupakan antara pilihan terbaik untuk mereka yang ingin mula berjinak dan melabur dalam emas.

Koleksi HABIB x Zoo Negara 2023 kini boleh didapati di semua bilik pameran HABIB. Ikuti media sosial rasmi HABIB di Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB). Pembelian atas talian juga disediakan di platform TikTok, Shopee, Lazada dan Zalora. Layari laman sesawang rasmi HABIB di www.habibjewels.com untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.