Salji di IOI Malls? Why not. Kini tiba masanya sekali lagi meraikan kemeriahan perayaan hujung tahun dengan pokok-pokok dihias indah, lampu bergemerlapan dengan lagu-lagu riang berkumandangan menjadi halwa telinga.
Dengan tema “Winter Wonderland Adventure”, IOI Malls menampilkan pelbagai aktiviti, hadiah, persembahan dan sajian perayaan yang lain daripada yang lain untuk seisi keluarga di sepanjang bulan Disember, sehingga Hari Tahun Baru 2024!
“Di IOI Malls, kami semua berusaha untuk mengubah setiap detik menjadi kenangan indah, dan musim perayaan yang penuh kemeriahan ini merupakan masa yang paling sesuai untuk tujuan ini. Kami membawakan pembaharuan untuk menawarkan sesuatu yang berbeza; sesuatu yang terasa seperti percutian perayaan di tengah-tengah bandar yang sibuk,” kata Chris Chong, Ketua Pegawai Operasi Pelaburan Hartanah (Malaysia) IOI Properties.
“Daripada kanak-kanak kecil hinggalah warga emas, kami ingin merancakkan sambutan perayaan ini untuk semua di pusat-pusat beli-belah kami, termasuk IOI City Mall, IOI Mall Puchong dan IOI Mall Kulai. Keseluruhan program yang kami sediakan adalah untuk membawakan suatu pengalaman yang abadi kepada semua keluarga,” tambah beliau.
Para pengunjung ke IOI City Mall berpeluang untuk menikmati keindahan salji yang bakal turun pada tarikh terpilih dan mengubah suasana menjadi alam musim sejuk yang ajaib, lengkap dengan paparan gerabak yang hebat di East Court pusat beli-belah itu.
Sementara itu, acara persembahan Christmas Sleighin’ di IOI City Mall, IOI Mall Puchong dan IOI Mall Kulai bakal menjadi tumpuan ramai. Terdapat pelbagai persembahan yang menarik seperti tarian, persembahan muzikal, dendangan lagu-lagu Krismas dan banyak lagi; pastinya ada sesuatu yang menghiburkan setiap hujung minggu!
Si comel juga dapat meluangkan masa berjam-jam di bengkel hujung minggu, Crafty Kids Corner di ketiga-tiga pusat beli-belah ini. Terbuka untuk ahli IOI Kids Club dan umum.
Sebagai ahli Club IOI dan pemegang kad kredit Standard Chartered, anda akan menikmati lebih banyak kegembiraan musim perayaan ini! Berbelanja dan tebus hadiah Winter Mysthical Treasures! (tertakluk kepada terma dan syarat). Dengan pelbagai peringkat pembelian, pelanggan yang layak boleh menebus hadiah istimewa termasuk Set Pengembaraan Winter Whimsy, 1,000 mata ganjaran CLUB IOI, Lapik Komputer Riba Boleh Balik, Gelas Empat Musim Berdinding Dua dan Set Mangkuk Kaca Ais (tidak tersedia di IOI Mall Kulai). Maklumat lanjut dan butiran penebusan boleh didapati di kaunter maklumat pusat membeli-belah.
Selain itu, pengunjung IOI City Mall yang membelanjakan RM100 dan ke atas dalam satu resit berpeluang memenangi baucar yang lumayan untuk memeriahkan sambutan Krismas mereka di Winter Whispers Magical Capsule Ball, yang terletak di Kaunter Maklumat di Aras G East Court.
Menyebarkan keajaiban “sebenar”
Sempena sambutan perayaan ini, IOI Malls, dengan kerjasama Yayasan IOI (sebuah platform CSR di bawah naungan IOI Group) juga menyantuni 30 orang penghuni Rumah Charis, Rumah Jagaan Shalom dan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan di IOI City Mall. Yayasan IOI juga telah menyumbang RM60,000 untuk membantu operasi rumah-rumah amal tersebut. Setiap penghuni turut dihadiahkan beg hadiah yang diisi dengan pakaian berkualiti tinggi, sumbangan ikhlas oleh TRT Malaysia.
IOI Malls mengalu-alukan kehadiran semua untuk meraikan bersama-sama rakan, keluarga dan orang tersayang untuk mencipta dan menikmati pengalaman yang mengujakan. Sambutan ini bakal diteruskan sehingga tahun baharu, jadi tiada alasan untuk melepaskan peluang ini!