Blossom & Brews: Sambutan Permulaan Musim Bunga Penuh Gaya Dengan Starbucks

0 Comments

Musim bunga menandakan musim pembaharuan dan permulaan untuk tenaga baru dengan mekarnya warna alam semula jadi dan perkongsian detik-detik yang menggembirakan. Merakam keindahan musim ini, Starbucks memperkenalkan yang terbaharu termasuk pilihan minuman French Vanilla Napoleon Latte dan Peach Passion Blossom Cream Frappuccino® Blended Beverage. 

Diinspirasikan oleh pencuci mulut Perancis klasik Mille-feuille, menu ini menawarkan gabungan nota mentega ringan dan vanila berkrim, manakala frappuccinonya pula bakal menggoda selera dengan lapisan rasa buah-buahan.

Mengiringi minuman ini ialah koleksi barangan ‘Cherry Blossom’ yang mempesonakan, menampilkan gelas, cawan sejuk dan banyak lagi, yang direka untuk meningkatkan gaya harian. 

Sementara itu, Starbucks juga menambah 2 lagi menu makanan istimewa musim bunga dengan Olive Tomato Focaccia dan Mushroom Danish.

Starbucks Cherry Blossom Collection juga dating dengan 2 rekaan kad terbaharu dengan tema musim bunga eksklusif yang menzahirkan intipati musim ini. 

Dengan harga bermula dari RM19.60 untuk pilihan minuman, RM45.00 untuk barangan dan RM8.90 untuk menu makanan, selami semangat musim bunga dengan tawaran Starbucks. Aktifkan Kad Starbucks Spring Seasonal dan Cherry Blossom untuk pelbagai ganjaran dan insentif menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.