Selama lebih dua dekad, IPC Shopping Centre telah mendedikasikan ruang mereka dengan berbagai transformasi dan menjadikannya satu destinasi yang ceria dan meriangkan. Kini, sebagai satu langkah strategik bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai pusat beli-belah pilihan ramai, IPC Shopping Centre amat teruja untuk memperkenalkan lebih ramai lagi rakan niaga termasuklah daripada sektor F&B, gaya hidup, penjagaan diri serta banyak lagi tawaran perkhidmatan lain.
Sejak 20 tahun yang lalu, IPC Shopping Centre telah menjadi tuan rumah kepada banyak rakan niaga terkemuka, antaranya, Ben’s Independent Grocer, Harvey Norman dan Spotlight.
Bagi meneruskan komitmen untuk kekal relevan dalam memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa berubah dan mengikut trend terkini, IPC Shopping Centre akan membuka laluannya untuk rakan niaga baharu, iaitu Mr.DIY Plus yang pertama! Sejajar dengan kepantasan evolusi dalam dunia peruncitan, Mr. DIY Plus akan memperkenalkan konsep empat kedai dalam satu yang menggabungkan kesemua jenama seperti EMTOP, Mr. DIY, Mr. Dollar dan Mr. Toy di bawah satu bumbung.
Reka dalamannya melambangkan konsep ‘Jalan-jalan Eropah’, manakala hiasan ruang depan Mr. DIY Plus menggunakan palet terpakai dan gambaran suasana di dalamnya seolah-olah menggunakan cahaya siang semula jadi.
Pada masa terdekat, IPC Shopping Centre turut akan mengubah ruang alfresco menjadi rumah kaca sebagai meraikan pembukaan Canton Boy, sebuah restoran Masakan Halal Cina yang popular.
Tahun ini, rakan niaga seperti Mr. Vegan, Pezzo Pizza, BabaBoy, BananaBro, Bread History & Sandwich Box, KPOP Madang, Taste of Medan dan Noodle King House (tidak Halal) bakal bertemu peminat-peminat mereka.
Ms Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre, berkata “Mewujudkan campuran rakan niaga yang sesuai amat penting untuk kejayaan sesebuah pusat beli-belah. Di IPC Shopping Centre, komitmen kami bukan sekadar menyediakan peluang pekerjaan, malah kami mahu lebih menceriakan hari-hari para pengunjung kami. Atas sebab inilah kami berusaha menghasilkan suasana membeli-belah yang menakjubkan, dengan mengimbangi gaya hidup pengunjung yang pelbagai, di samping menawarkan lebih banyak pilihan tempat makan dan kedai-kedai yang boleh mengubah pusat beli-belah menjadi lebih istimewa berbanding yang biasa.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ipc.com.my