Menara Hap Seng 3 berdiri bukan hanya sebagai bahagian akhir dalam trilogi pembangunan ikonik Hap Seng Land, tetapi juga menjadi simbol pengukuhan mercu tanda itu sebagai destinasi korporat dan hospitaliti terkemuka.
Bulan Mei ini, Menara Hap Seng 3 memperkenalkan empat restoran eksklusif, sekali gus mengangkat kedudukannya sebagai destinasi santapan istimewa di Kuala Lumpur:
- Sushi Masa | Sushi Masa oleh Ishibashi membawakan pengalaman sushi ala Edomae asli dari daerah Ginza, Tokyo ke Kuala Lumpur. Dipimpin oleh Cef bintang Michelin Masakazu Ishibashi, Sushi Masa menawarkan perjalanan ke tengah-tengah tradisi kulinari Jepun. Sebagai salah sebuah restoran di bawah Curate Group, Sushi Masa mencerminkan semangat dan keazaman kumpulan itu terhadap budaya kulinari Jepun.
- NIKU29 | Menetapkan standard baharu untuk pengalaman Yakiniku, NIKU29 menggabungkan pilihan daging premium yang disahkan Halal dari Jepun dan Australia dengan perkhidmatan terbaik dalam suasana moden lagi anggun. Menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan, NIKU29 merupakan salah satu penambahan terbaharu dalam senarai restoran eksklusif milik Curate Group.
- Skillet KL | Skillet KL menawarkan hidangan moden Eropah dengan tumpuan kepada bahan ramuan bermusim dan perisa berinovasi. Dipimpin oleh Cef Eksekutif Raymond Tham, pengasas bersama dan cef eksekutif Burnt & Co. and Beta KL, satu-satunya restoran di Malaysia yang dianugerahkan dengan bintang Michelin pada 2023, Skillet KL menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan dalam suasana urban kontemporari.
- Asador V | Sebagai lanjutan kepada Vantador, The Dry Aged Steak Boutique, Asador V bersedia untuk menyediakan hidangan yang memuaskan selera penggemar hidangan gril. Menampilkan menu lazat stik ‘dry-aged’ premium dan koleksi makanan laut menyelerakan yang digril di atas api, hidangan dan hiasan dalaman Asador V pasti memukau para tetamu dan mendorong mereka untuk kembali lagi.
Menara Hap Seng 3 juga akan disambungkan dengan projek hospitaliti terbaru Hap Seng, iaitu Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur yang dijadualkan dibuka pada hujung tahun ini. Jaraknya yang dekat dengan penambahan terbaharu jenama Hotel Hyatt di Malaysia itu bakal memudahkan tetamu hotel tersebut menikmati pengalaman santapan yang mengagumkan dan meluaskan lagi penawaran korporat dan hospitaliti Plaza Hap Seng.Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Menara Hap Seng 3 dan destinasi kulinari eksklusifnya, sila kunjungi laman sesawang Plaza Hap Seng dan laman Instagram.