Pilot Cafe Cipta Rasa Western ‘Terboek’ di Kangar

0 Comments

Siapa yang duduk dekat Perlis ni Dang nak bagitahu dekat korang semua ada satu kafe yang baru sahaja dibuka di Kangar yang diberi nama Pilot Cafe namun yang ini takda kena mengena dengan filem Pilot Café tau.

Nanti korang pi cari Fahrin Ahmad pula dekat sini. Masa Dang kena marah dengan korang pula. Jadi, no Fahrin in here. Kafe ini senang je tau nak cari kerana lokasinya berdekatan Sushi King dan Bank Islam, dan bertentangan McDonald.

Kredit : Facebook Pilot Cafe

Restoran ini menyajikan pelbagai makanan western dan fusion 100% muslim dan halal. Bukan sahaja sedap malah murah sedap dan berbaloi untuk dijamu bersama seisi keluarga.

Bagi personal Dang Sari sendiri, restoran ini menyajikan makanan dan minuman yang sangat enak untuk dinikmati oleh anda semua dan sesuai kepada semua lapisan masyarakat. Antara jenis makanan dan minuman seperti pastry, western food, coffee dan sizzling boleh dinikmati disini.

Kredit : Facebook Pilot Cafe

Hidangan menarik yang popular di sini adalah chicken chop yang sememangnya lazat sehingga menjilat jari. Tidak dinafikan, Chicken sandwich mereka juga turut mendapat sambutan dari para pelanggan.

Ramai cakap sedap dan puas hati dengan makanan yang di hidangkan. Harganya berpatutan janji sedap dan best. Ice mocha yang padu dan juga chocolate ice cream yang membuka selera pasti menjadi pilihan korang.

Bila lihat menu yang disediakan, menu makanan barat yang disediakan mungkin agak berbeza sedikit dari restoran lain yang pernah Dang Sari kunjungi. Terdapat juga sizzling yang memenuhi citarasa anda bersama ketulan ayam dan cendawan shiitake Jepun.

Kredit : Facebook Pilot Cafe

Namun, apa yang paling special di sini ialah Kacang Pool Mr Beans. Adunan kacang parang dan ketulan daging bersama rempah ratus istimewa kami bawakan khas untuk pelanggan mereka. Di makan bersama roti yang gebu pasti membuka selera anda. Memang padu thoq!

Walaupun baru setahun jagung dalam bidang ini, Pilot Cafe boleh dikatakan naik dengan cepat serta popular dalam kalangan penggemar makanan barat.  Semestinya Pilot Cafe kafe yang anda tidak patut lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai masakan western dan fusion. Harga yang sangat murah dan berbaloi dengan kualiti makanan yang tip top.

Kredit : Facebook Pilot Cafe

Dekorasi mula dari luar sehingga bahagian dalam kafe memang simple dan sempoi. Kafe mereka juga sesuai, selesa dan tidak bising untuk small gathering, makan-makan bersama keluarga dan sambutan hari lahir.

  • Masa urusniaga adalah seawal jam 11.30 pagi hingga jam 11.30 malam.
  • Alamat : No.14-G, Kompleks Niaga Pkenps, Jalan Pkenps 6, Jalan Utan Aji, (93.18 Km), 01000 Kangar

Artikel berkaitan
Kafe di Jakarta jadi pilihan ‘muslim liberal’ untuk makan babi?
Ini serius korang! Belalang padi menu utama masyarakat Kampung Padang Pak Mat

Leave a Reply

Your email address will not be published.