Pahang milik mercu tanda baharu kedua tertinggi selepas KLCC

0 Comments

Kuantan bukan sahaja terkenal dengan makanan dan kawasan pelancongannya malahan apa yang Dang Sari tahu kini daerah itu sudah mempunyai mercu tanda yang baharu iaitu Menara Kuantan 188 yang dijangka akan dibuka kepada orang awam  akhir tahun ini.

Ini kalau dah buka ni mahu Dang Sari dah start engin kereta terus bergerak ke Kuantan kerana tidak sabar untuk merasai pengalaman baru sebaik berada di menara itu dengan ketinggian 180 meter kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur.

Dang Sari yakin, pasti ramai di antara korang yang tidak sabar untuk tunggu waktu ini. Oleh itu, Dang Sari nak berkongsi 6 perkara menarik tentang Menara Kuantan 188 yang perlu anda tahu.

A large tall tower with a cloudy blue sky

Description automatically generated

1. Menara Kuantan 188 merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur.

2. Menara ini dimajukan oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan pemilik projek ini adalah milik Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK).

3. Dinamakan Menara Kuantan 188 supaya lokasi dan ketinggian menara itu akan sentiasa tersemat di ingatan pelancong.

A clock tower in front of a palm tree

Description automatically generated
A clock tower lit up at night

Description automatically generated
A city street

Description automatically generated

4. Menara Kuantan 188 memiliki dua deck, iaitu satu pada ketinggian 99meter dan satu lagi pada ketinggian 87 meter. Aras bawah digunakan untuk tujuan meninjau manakala satu lagi menempatkan restoran.

5. Selain sebagai mercu tanda yang baharu, menara ini dibina sebagai sebuah destinasi pelancongan dengan objektif menjadi salah satu daripada sumber penjanaan Negeri Pahang.

6. Satu-satunya tempat untuk korang boleh melihat keseluruhan bandar Kuantan.

Dang Sari dah tak sabar nak pergi ini tapi dicadangkan jom kita semua booking hotel awal-awal sebab Dang rasa confirm hotel-hotel di Kuantan akan fully book hujung tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.