Individu pertama dijangkiti Covid-19 di dunia berjaya dikesan dan disahkan positif sejak November 2019?

0 Comments

Bila kerajaan mengeluarkan Perintah Kawal Pergerakan di seluruh negara bermula esok membuatkan Dang Sari yakin bahawa penularan wabak Covid-19 kini berada dalam situasi yang membimbangkan di seluruh dunia.

Kalau kita lihat pun, beberapa negara pun telah isytihar darurat dan Malaysia sendiri telah mencatatkan 428 kes positif Covid-19. Sudah tentunya sejak keluar berita tentang wabak ini, ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya orang pertama yang dijangkiti virus tersebut.

Ini yang Dang Sari nak share dekat korang. Menurut sumber dari South China Morning Post yang Dang Sari baca pagi tadi, data yang dikeluarkan oleh kerajaan China akhirnya berjaya menjejaki individu pertama yang dijangkiti Covid-19 dan sebenarnya individu tersebut telah disahkan positif seawal November 2019 lagi.

Individu pertama dijangkiti virus ini dikatakan seorang warga emas berusia 55 tahun yang berasal dari wilayah Hubei, China, iaitu pusat bermulanya wabak Covid-19 ini namun media tidak melaporkan dan mendedahkan nama serta individu tersebut.

Beberapa doktor di China juga telah menyedari tentang penularan wabak ini pada akhir Disember sehingga doctor pertama yang menjumpai wabak tersebut mati disebabkan juga oleh virus Covid-19. Bermakna, penemuan ini bukanlah benar-benar konklusif kerana beberapa kes positif disahkan sebelum wabak ini dikesan.

Ketika itu, pihak perubatan telah pun menjalankan ujian kepada beberapa individu yang disyaki dijangkiti. Dengan pemahaman bagaimana virus ini merebak serta mengetahui bagaimana kes-kes tidak dikesan dan dicatat dalam penularan Covid-19, penyelidik berharap mereka dapat menentukan skala sebenar kepada tahap bahaya virus ini.

Jadi, kita sebagai rakyat marhain, Dang Sari nasihatkan jaga diri dan kesihatan khususnya ketika korang berada di tempat awam. Dang sekarang ni nak pergi pasaraya pun pakai masak, takut guys sebab kes Covid-19 di Malaysia mendadak secara tiba-tiba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.