Covid-19 : apa beza ‘lockdown’ dengan kawalan pergerakan?

0 Comments

Dalam keadaan Malaysia yang diperintahkan kawalan pergerakan bermula hari ini sehingga 31 Mac, ramai yang timbul tanda tanya kepada masyarakat di luar sana.

Salah satu perkara yang menjadi perdebatan adalah sama ada situasi yang berlaku di negara kita ini serupa dengan arahan lockdown yang telah dilakukan di negara barat seperti Perancis dan Itali.

Yess itu dah memang kritikal, Perancis je dah 127 kematian dan 5,423 kes, but Malaysia belum sampai tahap tu lagi, cuma kita kena berjaga-jaga.

Basically keadannya lebih kurang sama, cuma kita masih lagi boleh pergi kemana-mana tetapi perlu elakkan daripada buat aktiviti sosial.

Korang kena faham beza perintah berkurung dengan kawalan pergerakan ni. Sebab ramai sangat yang tanya Cik Gayaaaaa! Argh stress kejap.

Sebab tu Cik Gaya nak luahkan dekat korang semua, tapi Cik Gaya tak boleh marah yang bertanya sebab ni 1st time berlaku dalam negara kita, even seluruh dunia alami benda yang sama. so memang Cik Gaya tak pelik kalau ramai yang tak faham.

Gambar : Newsweek

Yelah, semalam sidang media PM tu mana ada soal jawab, sekali umum macam tu je, lepas tu kita tunggu depan TV, tengok TV 1, 2, 3 Astro Bernama, Awani dok ulang tentang benda ni. Nak bagi hadam punya pasal kan?

Cik Gaya sendiri pun dah rasa yang iols ni kaunter pertanyaan. LOL. Sebab mereka cakap, ala Cik Gaya kan kerja kerajaan, so kitorang tanya dengan Cik Gaya. Sedap je kan mulut korang? Huh

Takpelah, so bagi korang yang terlepas mendengar pengumuman penting daripada PM kita semalam, ni adalah 6 langkah yang telah disenaraikan di bawah larangan kawalan pergerakan ini.

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
  4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta
  5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services).
  7. Perintah kawalan pergerakan ini akan berkuatkuasa daripada 18 Mac sehingga 31 Mac.

Dah macam ni pun, ada orang lagi tanya Cik Gaya..”maksudnya kita semua boleh fly lagi lah nak pergi sabah Sarawak penang ke mana-mana dalam negara kan?”

Yih! Tanya lagi kan? Stress mak

Leave a Reply

Your email address will not be published.