Bagi sesiap yang merancang untuk berkunjung ke Sarawak selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perjalanan korang nanti pasti lebih mudah dengan adanya aplikasi Sarawak Travel.
Aplikasi tersebut dibangunkan sebagai panduan perjalanan untuk pelancong di Sarawak dan pastinya korang boleh mendapatkan maklumat latar belakang sesuatu tempat yang ingin dikunjungi beserta lokasi dan maklumat untuk dihubungi.
Antara lokasi menarik yang ditawarkan dalam aplikasi itu termasuk Kampung Budaya Sarawak, Fort Margherita, Rumah Mahkamah Lama, Kuching Waterfront dengan imej panorama 360 darjah yang dilengkapi teknologi realiti maya (VR).
Panorama atau lokasi yang hendak dituju ada dimuat naik secara maya di dalam aplikasi itu sebelum diterjemah secara nyata apabila tiba di lokasi sebenar.
Aplikasi ini juga yang menariknya menawarkan perjalanan berpakej di mana korang boleh membuat tempahan daripada agensi pelancongan berdaftar.
Secara peribadinya, Dang Sari amat kagum dengan aplikasi ini mereka mereka memasukkan teknologi terkini seperi VR dan imej panorama 360 darjah. Setahu Dang, tiada lagi aplikasi pelancongan yang mempunyai ciri-ciri teknologi seperti ini di Malaysia
Selain itu, bagi memudahkan proses membuat tempahan, aplikasi itu juga menyediakan pembayaran atas talian. Mudah bukan? Bagi sesiapa yang berhajat nak ke Sarawak selepas PKP, download dulu tau aplikasi ini. Takda lah korang poning bila dah sampai sana.
Artikel berkaitan
Idea Kreatif ini Buat Anda Tak Sabar Melancong Selepas PKP
Air Asia ‘Izin’ Tukar Tarikh Tiket Penerbangan Dek Kerana Covid-19