5 tempat percutian nama pelik!

0 Comments

Kalau cakap pasal Langkawi, semua org tahu memang ia terkenal dengan pantai yg cantik dan terkenal di seluruh dunia. Tapi kalau korang nak something yg rare, korang boleh dapatkan view lebih kurang sama cantik tapi nama dia agak kelakar! Haha 

Ada 5 nama pelik tempat percutian yg korang sure puas hati bila dtg sini. 

1.   Pulau Kentut Kecil & Kentut Besar, Kedah

Merupakan dua lambakan gugusan pulau di Langkawi, Pulau Kentut Besar dan Kentut Kecil ini mempunyai pemandangan yang memukau seperti pasir pantai yang bersih dan putih serta air yang jernih.

Says.com

2.   Sungai Bangang, Terengganu

Lokasi yang agak terpencil dan jauh menjadikannya jarang untuk dikunjungi. Korang harus mendaki dari Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun, lebih kurang 100 kilometer dari Kuala Terengganu untuk tiba ke sungai ini.

AStraveler.com

3.   Pulau Babi Besar, Johor

Pulau ini dikenali juga dengan nama Pulau Besar yang berlokasi di luar pantai timur Johor. Keindahan pantainya yang memukau pasti membuatkan anda terpesona. Korang perlu menaiki bot dari bandar Mersing untuk ke sini, dalam anggaran masa setengah jam.

flickr.com

4.   Pulau Susu Dara, Terengganu

Kalau korang pernah ke Pulau Perhentian, mesti korang akan dibawa ke pulau ini bagi menjalankan aktiviti snorkeling. Di sekitar pulau ini terdapat gugusan pulau kecil seperti Pulau Susu Dara Besar, Pulau Susu Dara Kecil dan Pulau Tokong.

twitter.com

5.   Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan

Gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan ini mempunyai ketinggian 1461 meter dari aras laut. Ianya terletak di Jelebu, Negeri Sembilan dan lokasi yang sesuai untuk para pendaki.

Kalau uguys datang ke gunung ini, mesti korang akan jumpa air terjun Lata Kijang, salah satu air terjun yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.

adventuresofreef.com

korang mungkin berminat baca
Wow… kafe Coke khas untuk korang yg love OOTD!
6 idea travel pergi ke Vietnam

Leave a Reply

Your email address will not be published.