Biar Bonar Ada Negara Yang Air Paipnya Selamat Untuk Diminum?

0 Comments

Setiap kali melancong keluar negara, antara faktor yang akan menjadi keutamaan adalah penginapan, makanan yang halal dan bekalan air yang bersih dan lain-lain.

Namun bukan kesemua negara mempunyai kemudahan atau sistem rawatan air yang baik. Ada antara negara langsung tiada sistem rawatan air. Ini menjadikan air paip mereka tidak selamat untuk diminum.

Kredit: ScoopWhoop

Mungkin ada antara kita yang kurang peka tentang perkara ini dan dengan yakinnya akan minum air terus daripada paip. Nasihat dari Dang Sari, hentikan! Bukan semua bekalan air paip selamat untuk diminum.

Menurut kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), ada 187 buah negara yang air paipnya tidak selamat untuk diminum. Jadi, sekiranya anda melancong ke negara-negara tersebut, dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dengan botol air minuman/mineral yang dibeli di kedai.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2020/01/31/node-5049/Country%20With%20Unsafe%20Tap%20Water-01.jpg?itok=IgLCrATt
Kredit: CDC

Antara negara yang tersenarai termasuklah Turki, Morocco, Russia, China, India, Indonesia, Kazakhstan, Ukraine, Pakistan, Thailand, Vietnam dan banyak lagi. Kalau diperhatikan dari senarai, banyak juga negara-negara yang selalu dijadikan destinasi melancong oleh orang Malaysia.

Namun, anda semua jangan risau. Ada banyak juga senarai negara yang mempunyai bekalan air paip yang selamat untuk diminum terus.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2020/01/31/node-5049/Safe%20Tap%20Water%20Countries-01.jpg?itok=HA0ST5pn
Kredit: CDC

Antaranya, Australia, New Zealand, UAE, UK, Amerika Syarikat, Korea, Jepun dan banyak lagi. Ada kira-kira 56 buah negara kesemuanya.

Jadi, sekiranya anda berada di negara-negara ini, anda boleh terus minum air dari paip mereka cuma pastikan ianya bersih lah.

Kredit: fitlerbutler

Untuk dapatkan rujukan berkenaan tahap keselamatan air, penyakit dan sebagainya, boleh buat rujukan di Laman Web CDC, cari nama negara yang anda ingin lawati. 

Banyak info yang boleh anda dapat. Contohnya suntikan yang perlu diambil untuk korang pergi melancong dan sebagainya.

Artikel berkaitan
Takut Kena Sakat Ketika Bercuti? Jom Ikut 6 Tips Ini!
6 Buku Panduan Travel Ini Mampu Bantu Rancang Perjalanan Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.