Sebut sahaja makanan dari benua Asia, mulalah terfikir sajian-sajian yang pelik di fikiran seperti otak monyet, sotong kurita mentah dan macam-macam lagi.
Di Filipina pula, aiskrim telur buaya kini menjadi tarikan disebabkan aiskrim biasanya dibuat menggunakan yogurt atau gelato, kan? Tetapi, di sini mereka menggunakan bahan yang asing iaitu telur buaya gaiss!
Taman Buaya Davao, Filipina membuka gerai di tempat tarikan pelancong itu yang menjual aiskrim telur buaya. Urm, sebut sahaja Aiskrim Telur Buaya pasti korang terfikir yang aiskrim ini akan berperisa daging buaya bukan?
Hah, jangan risau khususnya pencinta haiwan kerana aiskrim ini tidak mengandungi daging buaya pun sebaliknya hanya menggunakan telur buaya yang tidak menetas yang dicampurkan bersama buah-buahan segar; susu; gula dan madu untuk menghasilkan aiskrim yang unik ini.
Penggunaan telur buaya dalam aiskrim membuatkan ianya lebih sedap dan berkrim berbanding dengan aiskrim biasa kerana kandungan telur kuning dalam telur buaya yang lebih banyak berbanding telur ayam.
Beberapa perisa aiskrim yang boleh dipilih di sini seperti buah naga; avocado; durian; kopi; mangga; strawberi; pandan; vanilla; nangka dan keju.
Bagi yang minat untuk mencuba makanan-makanan unik seperti ini, bolehlah masukkan Taman Buaya Davao ini sebagai salah satu tempat yang wajib untuk dilawati. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Sambil-sambil melihat buaya di sekitar taman itu bolehlah menikmati aiskrim telur buaya sekali.
Artikel berkaitan:
6 Makanan Eksotik Halal Wajib Cuba di Malaysia
Cara Buat Sushi Ikut ‘Tekak Melayu’