Ada Arnab Gergasi ‘Hidup’ di Pergunungan Colletto Fava?

0 Comments

Di bahagian utara Itali iaitu Piedmont, ada satu lokasi yang wajib korang pergi bila ke sana, iaitu pergunungan Colletto Fava. Di pergunungan itu terletaknya patung arnab gergasi berwarna merah jambu sepanjang 200 kaki yang boleh dilihat dari angkasa lepas.

Kredit: Italian Ways

Patung arnab ini menggunakan beribu gulungan benang bulu oleh pengumpul seni Viennese, Gelitin pada 2005 yang digunakan sebagai arca untuk menarik pelancong luar atau pun penduduk bermain dengannya; memanjat, tidur dan sebagainya.

Diperbuat daripada bahan lembut yang kalis air, isi patung ini dipenuhkan dengan jerami. Kini, ia mampu membuatkan pengunjung yang hadir gembira seolah-olah boleh merasakan diri mereka kecil seperti Gulliver.

Patung Arnab Gergasi Dunia
Patung Arnab Gergasi Dunia 6

Tidak hanya berfungsi sebagai arca yang hanya boleh dilihat, korang juga dibenarkan untuk memanjat sisi 20 kaki patung tersebut untuk berehat di kawasan perutnya namun dikatakan  patung arnab gergasi ini dijangka akan kekal berada di kawasan pergunungan tersebut sehingga 2025 sahaja sebelum hilang secara semula jadi.

Warna yang pada awalnya merah jambu pekat juga telah bertukar kepada kelabu berlumut dan semakin mendap ke bumi. Maknanya hanya tinggal lima tahun sahaja lagi masa untuk anda melihat patung ini secara dekat!

Patung Arnab Gergasi Dunia 4
Patung Arnab Gergasi Dunia 5

Patung gergasi ini juga boleh dikesan melalui aplikasi Google Maps dan sebenarnya idea pemasangan arca gergasi ini bukanlah yang pertama kali berlaku di dunia.

Pada Jun tahun lepas, artis, Giancarlo Neri telah melancarkan meja tulis dan kerusi gergasi di Hampstead Heath yang juga dikenali sebagai The Writer dengan ketinggian sebanyak 30 kaki yang menjadi sebahagian daripada landskap London serta alamat penghantaran piza.

Artikel berkaitan:
Mexico Tawar Pelancongan Melawat Muzium Dasar Laut
Moh Cuba 4 SkyWalk Ini Yang Bikin Anda Ketaq Lutut

Leave a Reply

Your email address will not be published.