Walaupun merupakan negara yang kecil namun Singapura menjadi tempat tumpuan dan pusat pelancongan yang menarik pelancong dari serata dunia. Sekiranya ada yang bercadang nak ke Singapura, ini 7 tempat lokasi yang ‘Insta-Worthy’ yang mampu memenuhi feed media sosial korang.
1. Bugis Street
Tempat ini menjadi tumpuan orang ramai bagi membeli belah dengan harga yang ikut bajet di mana korang boleh tawar menawar harga di sini dan terdapat pelbagai barangan seperti CD, cenderamata, t-shirt dan barangan fesyen terkini.
Selain barang-barang rare yang boleh korang dapat, ini memang salah satu tempat yang wajib korang ambil gambar untuk memenuhi media sosial korang.
2. Haji Lane
Terletak di Kampong Glam, ia merupakan salah satu street terbaik di Singapura dengan deretan rumah kedai bersejarah.
Sesuai untuk anda yang meminati barangan vintaj, aksesori comel dan rekaan pereka-pereka indie tempatan atau dari Korea dan Hong Kong.
3. Universal Studios
Sebuah taman tema bertemakan movie. Permainan di sini menawarkan pengalaman yang thrill di mana anda boleh cuba naik roller coasters dan menjerit sekuat hati melepas perasaan.
Walaupun ini taman permainan namun banyak tempat cantik-cantik yang mampu membuatkan rakan-rakan korang jealous melihat gambar bila korang up di media sosial.
4. Singapore Flyer
Dengan ketinggian 165 meter, binaan urban ini akan menunjukkan pemandangan kota kosmopolitan singa kepada anda.
Agak-agak boleh nampak tak Malaysia dari atas sana?
5. Hotel Raffles
Hotel Raffles yang bercirikan kolonial ini menyimpan suatu cerita. Pada tahun 1902, harimau yang terlepas dari sarkas mati ditembak di dalam hotel ini.
Lebih menyedihkan, itulah merupakan satu-satunya harimau terakhir yang tinggal di Singapura.
6. Gardens by Bay
Garden by Bay ini merupakan sebuah rumah hijau yang menempatkan pelbagai spesies flora. Taman fantasi ini diilhamkan daripada kisah ‘Taman Tergantung Di Babylon’.
Memang cantik tempatnya kan gaiss…
7. Merlion Park
Mengapa air pancut ikonik ini separuh ikan, separuh singa? Sebabnya ia menjadi simbol permulaan Singapura dari perkampungan nelayan, Temasek menjadi kota singa.
Bagaimanapun lokasi-lokasi di atas hanya diceritakan secara umum dan ringkas. Untuk lagi best, lepas PKP nanti korang wajib mai sini. Confirm, pengikut anda di media sosial akan naik punyalah.
Artikel berkaitan:
5 Hotel Dengan Rekaan Unik Yang Wajib Anda Kunjungi
Mexico Tawar Pelancongan Melawat Muzium Dasar Laut