Restoran di Bangkok mula beroperasi seperti biasa

0 Comments

Buat pertama kalinya sejak pertengahan Mac lalu, pelanggan di Bangkok, Thailand, dibenarkan makan di restoran selain membungkus dan bawa pulang makanan.
Bagaimanapun, pelanggan dan juga pengusaha restoran perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Kerajaan memutuskan semua restoran mesti menyediakan cecair pembasmi kuman di pintu masuk, dan suhu badan pelanggan mesti diambil sebelum dibenarkan masuk.

Pekerja di sebuah restoran memakai pelindung mula ketika melayan pelanggan sebagai mengikuti SOP yang ditetapkan. Foto: REUTERS
Pekerja di sebuah restoran memakai pelindung mula ketika melayan pelanggan sebagai mengikuti SOP yang ditetapkan. 

Malah, meja makan pula harus dijarakkan sekurang-kurangnya 1.5 meter dan wajib dibersihkan selepas setiap pelanggan menggunakan meja tersebut.

Bagi kakitangan pula, mereka perlu memastikan ada ruang di antara pengunjung jika terdapat dua pelanggan duduk di meja yang sama.

Thailand mungkin bebas daripada perintah ‘lockdown’ tetapi negara itu masih dalam keadaan berjaga-jaga.

Meja makan pula harus dijarakkan sekurang-kurangnya 1.5 meter dan wajib dibersihkan selepas setiap pelanggan

Selain itu, pihak berkuasa juga telah membuka semula taman bandar, termasuk, Lumpini Park, Bangkok.

Setiap pengunjung yang masuk ke taman tersebut harus memakai penutup hidung dan mulut selain menjalani pemeriksaan suhu.

Selain itu, pengunjung di taman berkenaan turut memulakan aktiviti berjoging dan berjalan di sekitar kawasan berkenaan.

Pengunjung memulakan aktiviti berjoging dan berjalan di sekitar kawasan taman beriadah di Bangkok. Foto: REUTERS
Pengunjung memulakan aktiviti berjoging dan berjalan di sekitar kawasan taman beriadah di Bangkok.

korang mungkin minat…
Jom try makan burger ada skirt!
Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar

Leave a Reply

Your email address will not be published.