Nak rasa makan durian tak ada duri? Jom ke sini guys!

0 Comments

Kalau korang nak tengok sendiri depan mata durian yang tidak berduri, korang boleh singgah di Indonesia. 

Don’t worry uols, buah dia tidak beracun dan kalau korang rasa, memang serupa dengan durian biasa yang korang makan tu! Menarik kan? 

Well, sekumpulan penyelidik pertanian di Indonesia mendedahkan kejayaan mereka menanam pokok durian yang menghasilkan buah tidak berduri.

Ketua Pemeriksaan dan Perakuan Benih wilayah barat Nusa Tenggara, Maisin berkata, beliau berasa lega kerana orang ramai tidak lagi menganggap durian botak sebagai satu khabar angin.

“Tanpa ‘perisai’ tajam, durian ini lebih mudah dibuka. Ia mempunyai rasa yang sama, bahkan lebih manis berbanding durian yang lain tetapi isinya sedikit nipis,” katanya.

Menurut portal Mashable, pokok tersebut mula ditanam pada 2007 di Kampung Trenggaluh berdekatan Gunung Rinjani, iaitu sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lombok, Indonesia.

Sampel daripada pokok durian yang menghasilkan buah tidak berduri itu telah diambil oleh pengkaji pertanian tempatan dari sana.

Pemilik pokok berkenaan pada awalnya ragu-ragu dengan tumbuhan tersebut dan menyangka ia beracun, namun anak lelaki pemilik pokok tersebut mencuba durian itu dan mendapati rasanya serupa dengan spesies durian lain.

Biji buah itu kemudiannya digunakan untuk membiakkan lebih banyak durian tidak berduri.

Bagaimanapun Maisin menjelaskan, hanya 2% daripada biji benih itu berbunga dan menghasilkan buah.

Mereka menamakan ia buah durian gundul.

korang mungkin minat dengan artikel ni…
Jom try makan burger ada skirt!
Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar

Leave a Reply

Your email address will not be published.