Tak Perlu Ke Maldives, Dolphin Kali Ini Muncul Di Port Dickson!

0 Comments

Uish menarik betul kali ni kalau korang travel lepas PKP. Kalau sebelum ni nak tengok dolphin je korang kena pergi dekat Maldives kan, tapi sekarang Port Dickson pun ada gais!

Ini betul-betul menakjubkan dan perkara yang di luar jangkaan. 

Kehadiran ikan lumba-lumba di perairan Port Dickson merupakan saat “emas” bagi orang ramai apabila berpeluang melihat sendiri aksi spesies marin itu, sekali gus merakamkan kejadian itu seperti yang tular di laman sosial Facebook.

Rakaman berdurasi 43 saat itu, memaparkan aksi sekumpulan empat ekor ikan lumba-lumba di perairan Tanjung Tuan dan ia dikongsi menerusi akaun Facebook ‘N9 INFO TRAFFIC’ serta mendapat ribuan ‘like’, ratusan ‘share’ dan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Namun, fenomena itu adalah biasa bagi golongan nelayan dan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS).

Pengarah JPNS Halimi Abu Hanip berkata ikan lumba-lumba spesis itu memang biasa dijumpai di perairan Malaysia dan adalah spesies mamalia marin yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985.

“Jadi nelayan kita tidak dibenarkan untuk tangkap ikan tersebut. Kita berharap semua pihak supaya tidak mengganggu haiwan berkenaan kerana ia merupakan haiwan marin yang dilindungi bersama paus, dugong, penyu, yu gergaji, yu sirip putih besar, yu tukul dan pari manta,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Halimi berkata tidak dinafikan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini memberi kesan baik terhadap alam sekitar. 

korang mungkin minat dengan artikel ni…
Jom try makan burger ada skirt!
Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar

Leave a Reply

Your email address will not be published.