Jom Pekena Nasi Ambeng, Menginap Di Rumah Rakit Di Sepang!

0 Comments

Lepas PKP ni, kita boleh warm up tempat yang dekat-dekat dulu untuk travel tapi masih lagi best dan layan. 

Kat mana? Sepang je gais. Apa yang menarik? Jom checkout dekat sini!

1.   Kilang kerepek

Kalau korang sampai dekat Sepang, banyak sangat kilang kerepek yang korang boleh pergi. Dah sampai, memang rambang mata nak pilih sebab berpuluh jenis kerepek dan semuanya sedap! 

Btw inilah mata pencarian orang kampung yang mengusahakan kerepek sendiri bagi meningkatkan ekonomi negara amnya. 

2.   Ladang buah naga

Dimiliki oleh Daniel Lee Chee Wei, 40 tahun, perniagaan buah naga ini diusahakan sekitar tahun 20015.

Kini, dia mempunyai 30 hektar ladang buah naga dan mempunyai 400 pokok per hektar. Ia telah menghasilkan sebanyak 15,000 kilogram sebulan.

Keistimewaan ladang ini adalah mempunyai kafe di mana semua menu mereka berasaskan buah naga dari ladang sendiri.

Antara menunya adalah jus buah naga, kentang lenyek bersama sos buah naga dan salad buah naga. Selain itu, para pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman memetik tanaman di sini. 

3.   Nasi Ambeng 

Nasi Ambeng merupakan campuran daripada pelbagai lauk seperti mi goreng, ayam masak ungkep, serunding, ikan masin dan sambal goreng serta dihidangkan dalam talam.

Ia merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa tengah dan menjadi makanan wajib untuk kenduri tahlil atau kesyukuran sekitar Selangor. Kebiasaannya, satu talam dibahagikan kepada empat orang dan dimakan bersama-sama.

Nasi ini dikatakan simbol kepada kesepakatan, perpaduan dan sifat tolak-ansur antara penduduk kampung, masyarakat mahupun keluarga.

4.   Sungai Besar Sepang

Para pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri keindahan paya bakau yang terletak di Hutan Simpan Sepang Kechil sambil menyusuri Sungai Sepang.  

Jangan lepaskan peluang melihat aktiviti nelayan tradisional dan merasai pengalaman memberi makanan kepada haiwan liar.

Selain itu, mereka juga akan dibawa ke persinggahan rumah rakit dan bergambar di Pantai Pasir Putih yang juga muara untuk sungai tersebut.

5.   Homestay Banghuris

Nama Banghuris merupakan wakil kepada tiga kampung iaitu Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchoh, dan Kampung Hulu Teris.

Dengan populasi lebih dari 3,000 orang, ia menawarkan suasana kehidupan masyarakat setempat kepada pengunjung luar.  

Pelbagai aktiviti yang ditawarkan seperti memancing di kolam ikan, bermain permainan tradisional, melawat tanaman pokok kelapa sawit dan banyak lagi.

Setiap homestay ini mempunyai keistimewaan tersendiri, namun terdapat persamaan iaitu suasana kekeluargaan yang mesra di antara tetamu dan tuan rumah.

korang mungkin minat dengan artikel ni…
Jom try makan burger ada skirt!
Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar

Leave a Reply

Your email address will not be published.