Jom Challenge Diri Makan Ulat Sagu Guys! Orang Sabah Kata Sedap…

0 Comments

Bagi korang yang hati kering dan sukakan challenge, korang boleh travel ke Sabah dan try makanan ni. 

Untuk Cik Gaya, tengok sekali je terus kembang tekak. Sebab sushi ni dihidangkan bersama ulat mulong/ulat sagu yang mana ulat itu sendiri adalah makanan tradisi kaum Kadazandusun.

Ternyata menu tersebut iaitu Sushi Butod menerima pelbagai reaksi berbeza-beza daripada netizen.

Sebab korang akan terfikir sushi ni makanan yang tak dimasak, dan korang kena makan ulat tu hidup-hidup bersama sos yang disediakan. 

Dengar macam ngeri kan? Tapi ada yang memberi komen ianya lembut dan rasanya seperti daging ayam.

Mungkin bagi sesetengah warga Semenanjung, memakan ulat sagu adalah di luar jangkaan, namun tidak perlulah memberi komen keterlaluan seperti ‘geli, jijik’ dan sebagainya hingga membuatkan orang lain terasa.

Ulat sagu, juga dikenali dengan nama saintifik, Rhynchophorus Ferrugineus, merupakan makanan istimewa di kalangan masyarakat tempatan, termasuk Melanau Islam dan umat Islam yang lain.

Apa lagi guys, Jom challenge diri korang dan member yg lain! 

Gambar utama: Blog Khar FB

korang mungkin minat dengan artikel ni…
Jom try makan burger ada skirt!
Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar

Leave a Reply

Your email address will not be published.