Warga Indonesia Curi-Curi Balik Kampung, Kes Covid-19 Meningkat Mendadak

0 Comments

Disebabkan covid-19 ni, semua orang sedih dan sendu sebab tak dapat pulang ke kampung untuk beraya seperti biasa bersama keluarga. Ia bagi mengelakkan jangkitan tular dengan lebih teruk lagi. 

Tapi di Indonesia, setelah kelonggaran diberi mereka balik kampung secara curi-curi sehinggalah kes meningkat dengan mendadak. 

Berdasarkan laporan, terdapat kes di mana seorang lelaki yang pulang dari Jakarta tanpa disedari membuatkan datuknya yang berusia 72 tahun dijangkiti wabak Covid-19 seterusnya meninggal dunia.

Kes yang hampir sama turut direkodkan di Jawa Tengah apabila terdapat individu yang tidak mempunyai sebarang rekod keluar daerah turut dijangkiti wabak Covid-19 selepas ahli keluarganya pulang dari beberapa daerah termasuk Jakarta.

Sehubungan itu pihak berkuasa Indonesia mengenakan denda RM29,048 dan penjara sehingga setahun sebagai langkah untuk menghalang lebih ramai individu keluar dari Jakarta untuk pulang ke kampung halaman.

Lebih memeranjatkan warga Indonesia sanggup bersembunyi di sebalik bekas barangan dalam lori serta ruangan bagasi bas semata-mata mahu pulang ke kampung namun berjaya dikesan pihak berkuasa.

Berdasarkan rekod semasa, Indonesia merekodkan lebih 14,000 kes Covid-19 dengan jumlah kematian mencecah 1,000 orang.

korang mungkin minat dengan artikel ni…
Jom try makan burger ada skirt!
Tutorial buat dalgona mangga ni buat ramai gelak besar

Leave a Reply

Your email address will not be published.