Jom travel ke ‘kampung’ Frozen lepas PKP ni!

0 Comments

Korang pernah tengok filem Frozen kan? Ni lah perkampungan mereka yang dijadikan tempat penggambaran! Cool kan? 

Hallstatt merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di pinggir dan pergunungan Salzkammergut di sebelah timur Salzburg, Austria merupakan lokasi tumpuan pelancong seluruh dunia.

Dengan hanya mempunyai 780 populasi, Hallstatt menjadi inspirasi lokasi Arendelle dalam filem animasi Disney Frozen sebelum ini terpaksa mengehadkan kedatangan pelancong kerana tidak dapat menampung jumlah yang terlalu tinggi setiap hari.

Malah filem Frozen juga dikatakan bertanggungjawab menjadikan Hallsatt terkenal di mata dunia selain drama bersiri Korea yang merakam penggambaran di sana.

Perkampungan ini merupakan ‘hotspot’ terbaik bagi pengunjung merakam ‘selfie’ masing-masing kerana memiliki pemandangan yang menakjubkan.

Namun suasana kesibukan itu kini bertukar sunyi dan lengang di lorong-lorong yang menjadi tumpuan selepas kerajaan mengambil langkah ‘lockdown’ berikutan penularan pandemik Covid-19.

Sebelum ini bas-bas membawa pelancong akan berhenti di perkampungan ini untuk lawatan singkat di mana mereka mengenakan bayaran satu euro (RM5) untuk penggunaan tandas.

Tetapi kini semuanya sudah berubah dan berdepan dengan cabaran. 

“Sejak akhir-akhir ini agak keterlaluan dan seperti terkena sumpahan. Kami akan terus mengambil langkah (menarik kembali pelancong),” jelas Datuk Bandar Hallstatt Alexander Scheutz.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.