Jom stay hotel pelik sikit di Sabah, hotel pelantar minyak!

0 Comments

Biasanya pelantar minyak yang tidak lagi boleh digunakan untuk menggali minyak di lautan dibiarkan usang dan ditinggalkan begitu saja. Tapi pendekatan yang berbeza telah dilakukan bagi pelantar minyak ini.

Terletak tidak jauh dari Pulau Mabul, Sabah – Seaventures Dive Rig Resort menawarkan pengalaman berbeza untuk korang.

Jika selama ini hanya mereka yang bekerja di pelantar minyak saja yang merasai suasana tinggal di sana, kini kita juga berpeluang untuk merasai suasana ini.

Ia terletak di Pulau Mabul berdekatan Sipadan, Sabah dan boleh dikunjungi dengan menaiki bot dari pekan Semporna. Kemudahan di sini adalah ringkas dan asas tetapi kedudukannya di tengah laut menjadikannya unik dan menarik. 

Menawarkan 27 bilik serba lengkap termasuk bilik dengan 2 katil dan bilik untuk keluarga, hotel pelantar minyak ini juga menyediakan wifi percuma dan berbagai aktiviti menarik buat mereka yang berkunjung ke sini.

Selain menginap di sini, korang juga ada pilihan untuk turut serta dalam aktiviti menyelam yang ditawarkan.

Selain itu korang juga boleh menonton TV, bilik karaoke, meja pool dan tenis, kedai cenderamata dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan hingga 60 orang.

Image from tripadvisor.com
Image from tripadvisor.com

Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen Kota Kinabalu, Sabah
Harga: Dari RM1,285 semalam

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.