Tidak dapat dinafikan, Thailand sememangnya sering menjadi pilihan untuk pelancong Malaysia dan antarabangsa menjadikannya sebagai destinasi percutian kegemaran mereka.
Selain makanan sedap, pantai dan alam semulajadinya yang indah, hotel serta penginapan dengan pemandangan menakjubkan turut menjadi tarikan ramai pelancong berkunjung ke Negara Gajah Putih itu.
Kalau korang ada rancangan untuk bercuti ke sana dan inginkan suatu pengalaman penginapan yang unik dengan konsep luar biasa, ini 5 hotel yang mesti korang cuba!
1. Rayavadee, Krabi
Menginap di hotel ini umpama berada di zaman dinosaur Jurassic Park. Manakan tidak, hotel yang dibina berhampiran tebing batu kapur di Railay Bay ini sememangnya unik kerana ia hanya boleh diakses menaiki bot melalui jeti utama di Krabi.
Sebaik tiba di hotel ini korang seolah-olah ‘dipisahkan’ daripada dunia luar dan hanya kedamaian alam semulajadi yang menemani.
Paling menarik adalah restoran hotel ini yang dibina di dalam gua batu kapur dengan pemandangan indah tiga pulau-pulau kecil di depan mata uols!
Selepas menjamu selera, mungkin korang ingin menghabiskan masa dengan berenang di kolam renang berlanskapkan Laut Andaman di bahagian depan atau berbaringan dengan bayang tebing gua di atas kepala anda. Seronok, kan?
Alamat: 214 Moo 2, Tumbon Ao-Nang, Amphur Muang, Krabi, Krabi, 81000, Thailand
Harga Semalam: RM1,441
2. The Dhara Dhevi, Chiang Mai
Idea pembinaan resort mewah ini diilhamkan oleh Istana Kuno Lanna Thailand dan terletak di kawasan bukit bukau yang menghijau di Chiang Mai.
Vila gaya moden ini terletak bersebelahan dengan rumah-rumah kolonial lama, lengkap dengan bumbung-bumbung berarca ikonik dan stupa yang menonjol tinggi ke langit.
Kesemua bilik, suite dan vila di The Dhara Dhevi ini diperbuat daripada binaan kayu jati tradisional serta dilengkapi dengan kemudahan restoran, spa dan kolam renang yang berlatarbelakangkan sawah padi yang menghijau keemasan.
Meskipun harganya setaraf dengan hotel 5 bintang, namun tak rugi kiranya anda menginap di resort ini sekali seumur hidup kerana ia menjanjikan pengalaman penginapan yang cukup luar biasa!
Alamat: 51/4 Chiang Mai – Sankampaeng Road, Moo 1 T Tsasla A Muang, Chiang Mai, Chiang Mai, 50000, Thailand
Harga Semalam: RM1,103
3. DNA Resort & Spa, Khaoyai Pak Chong
Kalau korang berkunjung ke sebuah resort berhampiran Taman Negara Bangkok di sempadan Khao Yai ini, jangan terkejut sekiranya tiba-tiba korang merasakan seolah-olah berada di set penggambaran filem Star Trek.
Ini kerana DNA Resort & Spa yang mempunyai 45 bilik tetamu berbentuk ‘pod’ ini bertemakan kapal angkasa dengan kesemuanya mempunyai katil bujur, tingkap seperti kabin dan platform funky yang boleh diturunkan untuk menjadi tempat lepak di waktu petang.
Selain reka bentuknya yang unik, resort ini juga dikelilingi gunung batu kapur dan hutan tebal yang menghijau di Taman Negara paling popular di Thailand.
Alamat: 151/2 moo 5, Moosri, Khao Yai National Park, Pak Chong, Nakhon Ratchasima, 30130, Thailand
Harga Semalam: RM152
4. Anantara Golden Triangle Elephant Camp & Resort, Chiang Rai
Menginap di resort bertaraf 5 bintang di tengah-tengah bukit bukau yang subur di Utara Thailand ini sememangnya suatu pengalaman berharga yang takkan dilupakan seumur hidup.
Selain dari lokasi serta reka bentuk resort yang menarik, pelbagai aktiviti menyeronokkan bertemankan haiwan ikonik Thailand iaitu gajah turut disediakan di Anantara Golden Triangle Resort ini.
Antaranya menelusuri Sungai Mekong dengan menaiki bot panjang, meneroka hutan-hutan buluh di belakang gajah (ada tapak kem) atau menikmati pemandangan negara-negara jiran iaitu Laos dan Myanmar hanya dari balkoni bilik korang!
Kesemua bilik suite di resort ini mempunyai ciri-ciri sentuhan artistik pereka terkenal, Bill Bensley.
Alamat: 229 Moo 1 T Wiang, Chiang Saen, Chiang Rai, 57150, Thailand
Harga Semalam: RM4,896
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak