Nak bercuti dengan bajet rendah? Jom ikut tips ni

0 Comments

Ramai je ada masalah yang sama, nak pergi berjalan, tapi bajet ciput. So apa korang boleh buat? 

Dekat sini ada tips yang korang boleh gunakan supaya duit tak keluar banyak, dan boleh vacay dengan happy! 

Jom ikut cara ni: 

1.   Tempah Awal 

Nak dapat percutian bajet, anda kena rajin survey harga tiket flight.

korang boleh dapat harga yang jauh lebih murah jika anda menempah untuk tarikh melancong pada tahun hadapan.

Namun begitu, ada juga penerbangan yang menawarkan harga tiket murah ketika promosi.Selalunya tarikh penerbangan yang ditawarkan adalah jauh ke hadapan dan lambat lagi.

Tak mengapa, sementara itu bolehlah uols merancang percutian anda dan siapkan itinerari.

2.   Bercuti Di Luar Musim

Kebiasaannya, harga tiket penerbangan dan penginapan sangat mahal semasa waktu puncak iaitu cuti sekolah atau cuti hujung tahun.

Jadi, anda boleh rancang percutian bajet anda ketika luar musim bercuti.

Selain itu, bercuti di luar musim juga mempunyai kelebihan sendiri.

Anda tidak perlu risau bilik hotel dan penginapan penuh. Tempat tarikan juga tidak akan crowded dengan pelancong.

3.   Fleksibel

Untuk berjimat semasa percutian, anda perlu jadi fleksibel.

Jika anda dah terbiasa memandu kereta ke mana-mana, apa kata kali ini anda cuba gunakan kenderaan awam di destinasi tersebut.

Bukan sahaja dapat berjimat, anda juga boleh merasai pengalaman seperti orang tempatan.

Selain itu, anda juga boleh relaks dan nikmati keindahan pemandangan sepanjang perjalanan.

4.   Pilih Destinasi Alternatif

Destinasi popular adalah lebih mahal berbanding destinasi lain.

Selain dari kos tinggi, tempat ini juga pasti penuh dan crowded dengan pelancong.

Anda boleh jimat duit dengan memilih destinasi alternatif.

5.   Lawati Tempat Menarik Tanpa Caj

Sebenarnya, terdapat banyak tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan dengan bajet minimum.

Anda boleh lawati tempat menarik yang free of charge. Antaranya pasar, tempat-tempat keagamaan dan aktiviti outdoor seperti mendaki bukit.

Kalau nak bercuti dalam negara, anda boleh rancang percutian bajet di Malaysia.

Banyak lagi tempat menarik di Malaysia yang anda boleh terokai tanpa keluarkan duit.

6.   Bercuti Secara Berkumpulan

Inilah masanya untuk bercuti bersama kawan-kawan.

Bukan sahaja boleh spend time bersama, anda juga boleh jimatkan kos pengangkutan dan penginapan.

Selain itu, anda juga boleh bercuti bersama keluarga. Apabila bercuti ramai-ramai, boleh kongsi bilik dan jimatkan kos lain.

7.   Cari Tempat Penginapan Murah 

Sebelum tempah tempat penginapan, survey dan bandingkan harga dahulu.

Anda boleh pilih tempat penginapan yang murah, selesa dan sesuai dengan anda.

Kalau bercuti dalam kumpulan yang besar, samada dengan keluarga atau kawan-kawan, anda boleh pilih homestay atau apartmen. 

Kalau bersama pasangan, bilik hotel lebih berbaloi.

8.   Masak Sendiri 

Cara yang paling senang untuk berjimat semasa percutian bajet adalah dengan masak sendiri.

Semasa pilih tempat penginapan, anda boleh cari penginapan yang menyediakan dapur.

Bolehlah anda masak sendiri dan bawa bekal semasa berjalan-jalan.

Ini tak bermaksud anda tidak boleh makan luar sepanjang bercuti. Rugilah kalau tak cuba makanan tempatan. Namun, anda boleh berjimat dengan kurangkan makan di luar. Ini terutama di negara yang kadar tukaran wang asing adalah lebih tinggi.

9.   Tempahan Berpakej

Percutian akan jadi lebih murah apabila anda menempah pakej percutian.

Contohnya, pakej percutian merangkumi tiket penerbangan, kenderaan dan makanan.

Jadi anda tidak perlu risau untuk keluar duit lagi kerana semuanya sudah dibayar awal. 

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.