Kurang dari RM4000 korang boleh travel ke Maldives untuk 2 orang!

0 Comments

Kalau korang perasan, sekarang ini makin ramai pula orang kita yang memilih Maldives sebagai destinasi percutian. Malah, semenjak AirAsia perkenalkan penerbangan terus ke Maldives tahun lepas, ramai yang berpusu-pusu dan tidak mahu melepaskan peluang pergi bercuti ke kepulauan terindah di dunia itu.

Siapa tak suka dengan Maldives kan? pantai pasir putih dan lautan biru yang begitu terkenal di serata dunia.

Tapi, Maldives turut dianggap sebagai destinasi percutian mahal. Maklumlah, negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi itu mempunyai pelbagai fancy resorts yang mewah dan canggih serta hotel-hotel terapung bertaraf lima bintang. 

Jom kita tengok berapa banyak bajet sebenarnya korang boleh pergi ke Maldives ni. 

Hari pertama:

Setelah tiba di Airport di Velana International Airport korang boleh terus check in hotel. So antara hotel yang dicadangkan ialah Rivethi Beach hanya RM458 untuk 2 malam di Hulhumale (RM458 termasuk Airport Transfer Return). 

Hari kedua:

Untuk hari kedua, korang melawat atau menerokai pulau Hulhumale (sebab tidak ada bayaran dikenakan). Anda boleh ke Souvenir Hunting kalau nak beli barang cenderamata kepada rakan-rakan di Malaysia. 

Pada malam harinya, anda boleh Candle Light Dinner di Kick’s Restaurant (tepi laut) 400 Rufiyaa (RM120).

Hari ketiga:

Macam biasa pagi korang akan dihidangkan breakfast jadi manfaatlah sepenuhnya. Selepas breakfast anda boleh check out Revithi Beach Hotel dan berangkat ke Paradise Island. 

Bila sampai di sana korang akan disambut baik oleh staff Paradise Island. Check in Paradise Island Water Villa for 1 night (RM3,000 termasuk Speedboat Return Transfer). Anda boleh tinggal seramai 3 orang nak jimat pergi ramai-ramai. Water Villa paling murah di Maldives.

Hari keempat:

Macam hari sebelumnya juga breakfast turut disediakan di hotel Water Villa. Lepas jer sarapan anda boleh buat aktiviti bebas. Memang rugila sekiranya anda tidak menikmati pemandangan yang sangat cantik ini. Malah Paradise Island pernah dinobatkan sebagai pulau paling cantik di dunia.

Selepas selesai semua tu boleh la anda check out & speedboat return to Airport and flight back to Malaysia.

So kesimpulannya, di Maldives ni 95% makanan adalah halal. Orang di Maldives baik sangat, banyak membantu. Cukai di Maldives sangat tinggi. Jadi berhati-hati sebelum buat booking.  Lebih 1,000 pulau ada di Maldives, terbahagi kepada 2 buah jenis pulau (public & private). 

Better pergi private sebab cantik sangat-sangat! Maldives menggunakan 2 jenis matawang iaitu USD & Rufiyaa. Pengalaman menginap di water villa sangat berbaloi. Kena cuba! 

Banyak aktiviti yang boleh buat di Maldives antaranya Snorkeling, Sandbank, Resort Day Trip, Night Fishing dan banyak lagi.

So apa tunggu lagi segera lah masukan pulau Maldives sebagai tempat wajib pergi korang. 

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.