Dengan bajet RM2000 korang boleh bermalam 7 hari di Istanbul dan Cappadocia! Menarik kan?

0 Comments

Memang ramai yang nak pergi tempat cantik-cantik untuk travel, tapi sebab bajet tak cukup ramai yang diamkan diri dan tak pergi ke lokasi idaman korang. 

Contohnya di Cappadocia, tempat memang superb, tapi berapa sebenarnya bajet yang diperlukan? Jom baca sini. 

1.   Tiket penerbangan

Mungkin sukar untuk mendapatkan harga tiket murah jika anda menempah tiket lambat atau dekat dengan tarikh yang anda hendak bercuti. Korang dicadangkan membuat tempahan tiket awal, kalau boleh 6-8 bulan sebelum berangkat. Atau nak lebih jimat anda membuat tempahan tiket ketika AirAsia membuat promosi. Biasanya harga promosi yang ditawarkan oleh AirAsia tersangat murah. Oleh itu, anda perlu sentiasa “update” laman web AirAsia.

2.   Tempahan hotel

Korang akan landing di airport Sabiha Gocken International Airport. Jadi anda perlu menaiki bas untuk ke kota Istanbul. So korang perlu membeli tiket bas dengan harga 25 Tl (RM22) dan turun di Taksim. 

Setelah sampai di Taksim, korang dicadangkan “check in” hotel Avicenna Hotel kerana hotel ini sangat cantik dan harga sangat berpatutan. Tempahan untuk 2 orang hanya RM130 semalaman termasuk “breakfast”.

3.   Tempat menarik di Istanbul

Kalau nak tengok view cantik korang disarankan untuk jalan kaki, jimat pun jimat, kan? sebab pemandangan Istanbul sangat la cantik, jadi korang boleh la menikmati keindahan kota Istanbul. Dalam masa yang sama korang boleh visit tempat percuma seperti Blue Mosque, Topkapi Palace, Grand Bazaar, Spice Bazaar, Seaside, Gulhane Park dan Hard Rock Café.

4.   Makanan

Kalau korang malas nak bawa beli aje nasi tomato atau kebab harga dia dalam RM15 sepinggan so kalau nak jimat pandai-pandai korang la share makanan.

5.   Berangkat ke Cappadocia

Jika hendak ke Cappadocia korang perlu mengambil bas dari Sultanahmet ke station Kabatas (guna istanbulkart; di Kabatas, tukar untuk naik furnicular dan berhenti di Taksim (guna istanbulkart), tunggu bas Havabus 25TL (RM22) dan tiba di Sabiha Gocken airport. Flight ke Kayseri. 

(Book online siap-siap di website pegasus. Harga RM157 seorang termasuk meals.

6.   Menginapan hotel di Cappadocia

Jika inginkan feeling tidur dalam gua, boleh singgah di Dorm Cave by Travellers. Hanya RM252 untuk dua malam termasuk breakfast. Apa yang istimewa mengenai hotel ini adalah mereka ada menawarkan harga diskaun untuk menaiki hot air balloon.

Segala list atau jenama hot air balloon turut disediakan. Harga hot air balloon yang paling murah adalah €70. Antara jenama dan harga hot air balloon ialah Universal Balloons €80, Anatolia Balloons €80 dan Discovery Balloons €90.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.