Jom pusing KL naik bas Hop On Hop Off percuma sampai 30 Jun ini!

0 Comments

Dalam tempoh PKP ni, kita dah dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan domestik, termasuk jalan-jalan merentas negeri.

Tapi bagi korang yang tak ada masa untuk bercuti lama, tapi still nak ronda-ronda around KL, apa kata anda cuba perkhidmatan bas dua tingkat Hop-On Hop-Off kerana ia ditawarkan secara PERCUMA kepada warganegara Malaysia sehingga 30 Jun ini!

Berjalan-jalan menaiki bas double decker dengan pemandangan terbuka ini bukan sahaja memberi pengalaman merasai suasana ibu kota yang mempesonakan, bahkan mengelakkan kita terpaksa menempuh kesesakan trafik di jalan raya.

KL Hop On Hop Off menghubungkan ke lebih 60 tempat & tarikan di Kuala Lumpur dengan 27 hentian dari bangunan tinggi hingga pencakar langit, menuju tempat-tempat bersejarah dan lokasi rekreasi dengan pemandangan hijau di tengah-tengah ibu kota pastinya meninggalkan kenangan manis buat uols dan keluarga.

Tiket

Bagi tiket percuma bulan ini, KL Hop On Hop Off hanya menawarkan tiket terhad 24 JAM.

Tiket boleh didapati di pick-up point pertama iaitu di Hentian Bukit Bintang atau boleh ditempah melalui atas talian online sahaja. 

TIPS: Penting agar anda menyimpan tiket anda sepanjang masa, kerana tiket tersebut akan menjadi pemeriksaan tiket dari semasa ke semasa.

Jelajah ke lebih daripada 60 lokasi menarik dan terbaik di seluruh ibu kota dengan 27 hentian.

TIPS: Uols mengesyorkan agar memulakan lawatan pada waktu pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas selepas jam 4 petang.

Grafik di atas menunjukkan Peta Pelancongan yang ditawarkan jika  menaiki KL Hop On Hop Off.

Jangan risau kerana KL Hop On Hop Off juga mengamalkan SOP yang bersesuaian dengan norma baru seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti penjarakan sosial kepada penumpang ketika di dalam bas nanti. 

Destination: 

Kuala Lumpur

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published.